PETALING JAYA: Invest Selangor Bhd menyasarkan potensi nilai transaksi lebih tinggi sebanyak RM1.3 bilion pada Pameran Penerbangan Selangor 2024 (SAS 2024) akan datang berbanding edisi sebelumnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata sasaran itu dijangka dapat dicapai disokong dengan saiz acara yang lebih besar dan 30 memorandum persefahaman yang akan dimeterai pada acara tahun ini.
SAS 2024 akan diadakan bermula 12-14 Sept di Pusat Penerbangan Serantau Skypark (RAC) Subang dengan menyasarkan 25,000 penyertaan serantau.
"Untuk SAS 2024 ini empat hangar ditambah dan pelbagai reruai serta chalet disediakan bagi memenuhi permintaan pemain industri yang berminat menyertai pameran tersebut.
“Terdapat sejumlah 52 reruai khas tersedia untuk peserta SAS 2024 yang boleh dijadikan kawasan perbincangan peribadi mereka,” katanya dalam taklimat media mengenai SAS 2024 di sini semalam.
Menurut Ng, SAS sebelum ini menghimpunkan 109 syarikat asing dan tempatan sebagai pempamer, 49 pameran pesawat dan penyertaan dari negara seperti Amerika Syarikat, Denmark, Perancis dan Singapura.
Beberapa pemain industri terkemuka seperti Textron, Gulfstream, Dassault Aviation dan banyak lagi menyertai acara pada edisi lepas, melibatkan RM823 juta dalam potensi nilai transaksi serta menarik seramai 19,217 pengunjung antarabangsa dan domestik, katanya.
Pada tahun ini, beliau berkata kadar untuk reruai 'standard'’ bermula dari RM6,000 manakala harga untuk chalet bermula dari RM25,000. Ruang kosong boleh didapati daripada RM600 setiap meter persegi.
SAS 2024 turut menjangkakan peningkatan penyertaan pempamer pesawat statik serta berharap pengeluar peralatan asli dan pemain utama industri akan kembali dengan pesawat terbaharu mereka untuk dipamerkan pada pameran kali ini.
Beberapa segmen baharu juga akan digabungkan seperti teknologi angkasa lepas serta demonstrasi mencari dan menyelamat sebagai nilai tambah pengalaman kepada para peserta, katanya.
“SAS 2024 juga merancang untuk membuka peluang kerjaya dalam program penerbangan dengan menampilkan 40 syarikat berkaitan dalam industri yang ingin mencari pekerja pada hari kedua dan ketiga acara itu,” katanya.
Pemain industri yang berminat menyertai SAS 2024 boleh menghubungi Sekretariat SAS di enquiry@selangoraviationshow.com sebelum 31 Mei 2024 untuk menikmati diskaun awal lima peratus.
Peserta pameran yang kembali juga boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk penyertaan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Ng (tengah) berkata, SAS 2024 akan diadakan bermula 12-14 Sept di Pusat Penerbangan Serantau Skypark Subang, menyasarkan 25,000 penyertaan serantau. - Foto Astro AWANI
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

SAS 2024 dorong wanita ceburi bidang penerbangan
Kehadiran program Women in Aviation Award, yang diadakan buat pertama kalinya bersama Selangor Aviation Show membuatkan Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 tampil unik dan istimewa.

SAS 2024 jangka 25,000 pelawat, potensi transaksi RM1.3 bilion
Invest Selangor Berhad menjangkakan potensi transaksi bernilai RM1.3 bilion pada penganjuran SAS 2024 yang akan berlangsung di RAC, Skypark pada 12 hingga 14 September ini.

Invest Selangor sasar potensi transaksi RM1.3 bilion daripada SAS 2024
Sasaran itu dijangka dapat dicapai disokong dengan saiz acara yang lebih besar dan 30 memorandum persefahaman yang akan dimeterai tahun ini.