Acara Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2016 peringkat kebangsaan berjaya meraih jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM27.6 juta sepanjang empat hari bermula Khamis lepas di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata acara kali ke-11 yang disertai lebih 500 pempamer dari dalam dan luar negara itu juga berjaya meraih sebanyak RM7.4 juta melalui misi belian masuk yang membolehkan syarikat tempatan menemui rakan dagang berpotensi dari pelbagai negara.
"Ini menunjukkan semakin ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melibatkan diri dalam program seumpama ini sekali gus mereka dapat meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan dalam mengurus perniagaan selain membangunkan ekonomi negeri ke arah era globalisasi dan liberalisasi.
"Selain itu, program berunsurkan pembangunan produk dan perkhidmatan yang mempunyai identiti tempatan yang boleh dikomersialkan hingga ke peringkat global ini juga turut menerima seramai 149,000 pengunjung dari seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Showcase SDSI 2016 di sini malam tadi, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.
Showcase SDSI adalah acara tahunan yang mula diperkenalkan sejak 2006, bertujuan membangunkan usahawan tempatan secara membimbing mereka menjadi rantaian sumber di bawah syarikat multinasional termasuk dari Arab Saudi, China, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan.
Sementara itu, Ahmad berkata SDSI merupakan platform kepada PKS untuk mempromosikan produk mereka di peringkat domestik dan antarabangsa selain memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpontensi dan berkualiti.
Beliau berkata SDSI bukan sahaja memberi manfaat kepada orang ramai bahkan membantu dalam pembangunan usahawan dan seterusnya memacu perkembangan industri serta perdagangan antarabangsa secara keseluruhannya.
"Sehingga kini, kita mempunyai sebanyak 645,000 PKS berdaftar dari seluruh negara dan 37 peratus daripada jumlah tersebut iaitu lebih 238,000 PKS merupakan Bumiputera termasuk usahawan mikro yang kita mahu bimbing dan tingkatkan perusahaan mereka melalui SDSI.
"Kira-kira 20,000 PKS pula berjaya mengeksport produk keluaran mereka ke peringkat global yang mana 10,000 daripadanya tersenarai dalam platform syarikat terkemuka antarabangsa iaitu Alibaba," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 28 2016

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (empat, kanan) bersama Timbalannya Datuk Ahmad Maslan tertarik dengan Roti Canai Terbang, Semabok Melaka, pada program SDSI 2016 pada 26 Nov lalu. - fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SDSI 2016 raih jumlah jualan RM27.6 juta
Acara Showcase Satu Daerah Satu Industri 2016 berjaya meraih jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM27.6 juta sepanjang empat hari.