KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Yew Yee Tee dan Shamsul Bahriah Shamsudin masing-masing sebagai Ketua Kaunsel dan Pengarah yang baharu.
Pelantikan mereka telah dilakukan pada 19 April 2022, ia akan berkuat kuasa pada 1 Julai, 2022.
SC dalam satu kenyataan berkata Yee Tee kini memegang jawatan Pengarah Eksekutif Pengawasan Pengantara dan Dana, sebelum menyertai SC pada tahun 2020 beliau adalah Ketua Pegawai Kawal Selia Bursa Malaysia Berhad.
Yee Tee akan menggantikan Chee Fei Meng yang telah memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya yang tamat pada 15 April 2022, justeru bagi proses peralihan yang lancar, Fei Meng akan terus berkhidmat dengan SC sehingga 30 Jun, 2022.
Shamsul Bahriah pula merupakan Ketua Pengawasan Institusi dan telah berkhidmat dengan SC selama 19 tahun, beliau akan menggantikan Yee Tee sebagai Pengarah Pengawasan Pengantara dan Dana.
Sementara itu, SC mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusannya Foo Lee Mei, beliau memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal pada 6 April 2022.
Lee Mei akan terus berkhidmat sehingga 20 Mei, 2022.
Selain itu, Pengarah Eksekutif Strategi Digital dan Inovasi Chin Wei Min pada 28 April 2022 telah meletakkan jawatan beliau dengan notis dua bulan.
SC berkata ia telah pun mengenal pasti calon dalaman untuk menggantikan Wei Min dan tertakluk kepada pengesahan dan pemformalan, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.
"SC juga ingin menegaskan bahawa bertentangan dengan spekulasi media baru-baru ini, peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Kaunsel adalah tidak berkaitan.
"Keputusan telah dibuat sebelum pengumuman peletakan jawatan pengerusi eksekutifnya Datuk Syed Zaid Jaffar Albar semalam yang berkuat kuasa pada 31 Mei, 2022," katanya.
Menteri Kewangan telah melantik Datuk Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Pelantikan Yew Yee Tee dan Shamsul Bahriah Shamsudin dilakukan pada 19 April 2022 dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai, 2022.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.