KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerima lebih 2,000 pertanyaan dan aduan berkaitan skim pelaburan tidak sah atau penipuan sehingga 30 Sept 2021.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Syed Zaid Albar berkata pertanyaan dan aduan itu melebihi dua kali ganda daripada jumlah yang dilaporkan pada 2020 dan tindakan segera telah diambil bagi menangani masalah berkenaan.
"Sehingga 30 Sept 2021, terdapat 202 masukan baharu telah dibuat dalam senarai Peringatan Pelabur SC berbanding 134 masukan untuk keseluruhan 2020.
"Pada tahun ini sahaja, kita telah menyekat 97 laman web dan tujuh akaun Facebook dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya dalam ucapan pada InvestSmart Fest 2021 (ISF 2021) secara maya, hari ini.
Syed Zaid berkata skim penipuan kebiasaannya akan menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh singkat, mempunyai risiko yang kecil atau tanpa risiko, dan sering dipromosikan melalui saluran media sosial dengan pembayaran kepada akaun bank yang dikendalikan oleh mereka yang melakukan penipuan.
Selain skim penipuan pelaburan, jumlah aktiviti yang dikendalikan tanpa sebarang lesen atau pendaftaran turut meningkat, katanya sambil memaklumkan pada tahun ini SC telah mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada dua pertukaran aset digital asing, memberi amaran dan menyekat laman web mereka yang beroperasi secara tidak sah di Malaysia.
Sehingga 30 Sept 2021, SC telah menyenaraikan 38 operator dalam Senarai Peringatan Pelabur SC, merangkumi entiti dan individu berkaitan yang menjalankan perniagaan mengenai nasihat pelaburan tanpa lesen.
"Kami juga telah mengarahkan 29 daripada operator ini untuk berhenti menawarkan nasihat pelaburan yang tidak berlesen.
"Pada kebiasaannya kegiatan ini dijalankan oleh mereka yang mengaku sebagai 'guru pelaburan' dengan menawarkan perkhidmatan melalui kumpulan perbualan peribadi berdasarkan langganan di Telegram, WhatsApp dan Facebook.
"Jangan terjebak dengan mereka kerana mereka mungkin menerima nasihat daripada pihak yang tidak layak atau digunakan sebagai sebahagian daripada skim manipulasi pasaran," katanya sambil menasihatkan rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati apabila melabur dan tidak memasukkan wang pendahuluan kepada akaun bank peribadi sesiapa sahaja.
Beliau turut menegaskan mengenai kepentingan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat pelaburan yang tepat.
Bertemakan #JagaDiri #JagaPelaburan, ISF 2021 bertujuan mempromosikan pemerkasaan pelabur dan keyakinan pelabur bagi membolehkan mereka membuat keputusan pelaburan yang tepat tanpa menjadi mangsa penipuan.
Acara maya selama tiga hari itu akan turut mempamerkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengantara pasaran modal termasuk saham, bon, unit amanah, skim persaraan swasta, dana dagangan bursa, pendanaan ekuiti ramai, pembiayaan rakan setara, pengurusan pelaburan digital dan pertukaran aset digital.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

SYED ZAID ALBAR: Kami telah mengarahkan 29 daripada 38 operator dalam Senarai Peringatan Pelabur SC untuk berhenti menawarkan nasihat pelaburan yang tidak berlesen. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

SC terima lebih 2,000 pertanyaan, aduan skim pelaburan tidak sah sehingga Sept 2021
Pertanyaan dan aduan itu melebihi dua kali ganda daripada jumlah yang dilaporkan pada 2020.