KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan terhadap China Automobile Parts Holdings Limited (CAP) berikutan pengekalan jawatan Wang YuYun sebagai Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Chen Xunze, yang boleh memudaratkan kepentingan awam.
Pengawal selia itu turut mengenakan celaan terhadap CAP serta bekas para pengarah dan ketua pegawai kewangan semasanya atas pelbagai pelanggaran undang-undangs ekuriti.
"Tawaran Awam Awal CAP menyatakan bahawa CAP telah mengemukakan kepada SC dan mengeluarkan prospektus bertarikh 11 Jan 2013 yang mengandungi penyata kewangan anak syarikat milik penuh QuanZhou FenSun Automobile Parts Co., Ltd. (FenSun), yang palsu atau mengelirukan, kerana mengandungi penyata baki bank FenSun yang terlebih nyata," menurut SC dalam kenyataan pada Rabu.
CAP telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) pada 30 Jan 2013.
Menurut SC, antara 2013 dan 2018, CAP juga telah mengemukakan penyata kewangan palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia disebabkan oleh penyata baki bank Fensun yang terlebih nyata.
Katanya CAP gagal untuk menzahirkan litigasi yang berkaitan dengan kemungkiran pinjaman bank oleh FenSun dan tidak mengiktiraf liabiliti tertunggak pinjaman bank FenSun dalam penyata kewangannya.
Selain itu, SC mengenakan celaan terhadap bekas Pengarah Urusan CAP Li Guo Qing; bekas Naib Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Ong Juan Tee dan Wang YuYun atas kesalahan menyebabkan pengemukaan dan membenarkan penerbitan prospektus CAP yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan dan dengan sengaja mengizinkan pengemukaan penyata kewangan palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia.
SC juga mengenakan celaan terhadap Chen Xunze dan dua bekas Ketua Pegawai Kewangan CAP, Lai Fong Ling dan Chai Wai Teck kerana dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia.
"Semua individu yang telah melanggar undang-undang tersebut tidak mengemukakan rayuan terhadap tindakan SC dalam tempoh yang ditentukan menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Semua individu yang melanggar undang-undang tersebut tidak mengemukakan rayuan terhadap tindakan SC dalam tempoh yang ditentukan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
SC menang saman sivil dagangan orang dalam, dapat RM2.015 juta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memenangi saman sivil dagangan orang dalam terhadap ketua pegawai eksekutif GW Plastics Holdings Bhd dan rakannya.
SC, Bursa Malaysia pantau konflik Asia Barat untuk jamin pasaran modal kekal stabil
Mereka turut memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.