KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengambil tindakan terhadap Huobi Global Ltd (Huobi) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Leon Li kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa pendaftaran.
Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata ia telah mengarahkan Huobi untuk menghentikan operasinya di negara ini, termasuk menghentikan pengoperasian laman web dan aplikasi mudah alih dalam platform seperti Apple Store, Google Play dan mana-mana platform aplikasi digital lain.
"Huobi juga telah diarahkan untuk menghentikan pengedaran, penerbitan atau penghantaran sebarang iklan, sama ada dalam e-mel atau di platform media sosial, kepada pelabur Malaysia," katanya sambil menambah Leon Li sebagai CEO juga telah diperintahkan secara khusus untuk memastikan arahan di atas dilaksanakan.
Keputusan ini dibuat selepas terdapat kebimbangan mengenai pematuhan platform tersebut terhadap keperluan kawal selia tempatan dan dalam usaha melindungi kepentingan pelabur.
"SC memandang serius pelanggaran ini, kerana mengendalikan DAX tanpa didaftarkan dengan SC sebagai Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
"SC menggesa pelabur Malaysia yang telah menggunakan Huobi untuk segera menghentikan dagangan melalui platformnya, menarik balik semua pelaburan mereka, dan menutup akaun mereka," katanya.
Pelabur dinasihatkan untuk melabur dan berurusan dengan RMO yang berdaftar dengan SC kerana RMO berdaftar telah menjalani penelitian kawal selia yang ketat dan dikehendaki mematuhi garis panduan yang ketat supaya pelabur dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia.
"Mereka yang melabur dengan entiti atau individu yang tidak berlesen atau tidak berdaftar terdedah kepada risiko seperti penipuan dan mungkin tidak dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia," katanya.
Ia menambah pelabur harus berhati-hati apabila memilih platform pelaburan dan sentiasa melakukan semakan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
"Selain itu, pelabur harus berhati-hati dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kecil, kerana ia mungkin tidak wujud.
"Dengan mengambil langkah berjaga-jaga ini, pelabur boleh melindungi pelaburan mereka dan mengelak daripada menjadi mangsa skim penipuan," kata SC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
SC berkata ia telah mengarahkan Huobi untuk menghentikan operasinya di negara ini.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau umum letak jawatan
Berikutan perbezaan pendapat yang semakin meningkat dalam Parti Liberal pimpinannya, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas.
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.
Korban keenam disahkan dalam serangan rempuhan kereta di pasar Krismas Jerman
Wanita berusia 52 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di hospital, menurut Pejabat Pendakwa Raya Naumburg di Saxony-Anhalt.
Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Dasar tarif Trump berisiko kurangkan kuasa beli pengguna teknologi AS sehingga US$143 bilion - Persatuan
Pembelian komputer riba dan tablet boleh merosot sehingga 68 peratus, manakala penggunaan konsol permainan video mungkin turun 58 peratus.
Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.
Kuih kapit Kamsiah jadi pilihan musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina
Kamsiah kini telah banyak menerima tempahan kuih kapit itu untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada penghujung bulan ini.
Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.
SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.
Bekas perunding unit amanah didenda RM687,500 kerana tipu pelabur - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan serta denda sebanyak RM687,500 terhadap Amran Mohd Amin atas tiga pelanggaran undang-undang sekuriti.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Johor Plantations dapat kelulusan SC untuk penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia
Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan, catat pertumbuhan 5.6% pada 2023
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2023, dengan saiz pasaran berkembang sebanyak 5.6 peratus kepada RM3.8 trilion.
SC cela juruaudit kerana pelanggaran piawaian pengauditan
Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mencela Nexia SSY PLT (AF 2009) dan rakan kongsi auditnya, iaitu Michelle Yong Voon Sze dan Jayapalasingam Kandiah.
Dagangan orang dalam: Bekas CEO PKNP, Perak Corp didenda RM3.56 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Bhd (PCB), Datuk Aminuddin Md Desa, diperintahkan untuk membayar sebanyak RM3.56 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Bekas pegawai bank didakwa jalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen
Seorang bekas pegawai bank didakwa di dua Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan berniaga dalam sekuriti tanpa memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal daripada SC.
SC, Bursa Malaysia beri jaminan asas pasaran saham kekal kukuh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd memberi jaminan kepada pelabur bahawa asas pasaran saham Malaysia kekal kukuh.
SC lantik dua ahli lembaga baharu
SC mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin sebagai Ahli Lembaga untuk tempoh dua tahun.