KUALA LUMPUR: Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Syarikat perladangan kelapa sawit huluan itu berkata tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan sehingga 875.0 juta saham akan terdiri daripada terbitan awam sebanyak 464.0 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan sehingga 411.0 juta saham sedia ada.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata daripada 875.0 juta saham, sehingga 485.0 juta saham akan disediakan kepada rakyat Malaysia dan institusi asing manakala 312.5 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Sebanyak 50.0 juta saham akan disediakan untuk permohonan oleh rakyat Malaysia menerusi pengundian manakala baki 27.5 juta saham akan diperuntukkan untuk orang yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan JPG.
Pengarah Urusan JPG, Mohd Faris Adli Shukery berkata susulan kelulusan untuk pelaksanaan penyenaraian berkenaan, syarikat itu sudah bersedia untuk berkembang ke segmen hiliran perniagaan perladangan dan mempelbagaikan tawaran produknya untuk memasukkan minyak dan lemak khusus untuk pengeluaran makanan.
Beliau berkata langkah strategik itu akan meningkatkan kedudukannya sebagai pengeluar kelapa sawit bersepadu sepenuhnya dan menjana hasil tambahan merentas keseluruhan rantaian nilai serta menjana nilai pemegang saham yang positif, mencerminkan komitmennya terhadap penciptaan kekayaan jangka panjang untuk pelabur.
"Justeru, JPG akan menggunakan sebahagian daripada hasil IPO kami secara strategik untuk membina kompleks minyak sawit mampan bersepadu dan pada masa sama memastikan kesinambungan perniagaan melalui strategi penanaman semula yang berdisiplin.
"Berdasarkan kepada rekod prestasi kami yang bereputasi dan model perniagaan bersepadu mantap, kami yakin dengan trajektori pertumbuhan masa depan kami dan akan kekal teguh dalam komitmen kami untuk memberikan kecemerlangan serta mematuhi amalan perladangan yang mampan," kata Mohd Faris dalam kenyataan itu.
RHB Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penyelaras global bersama, penyelaras bersama, penaja jamin pengurusan, dan penaja jamin bersama untuk pelaksanaan IPO ini.
Sementara itu, AmInvestment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd ialah penyelaras global bersama, penyelaras bersama dan penaja jamin bersama; CLSA Singapore Pte Ltd dan CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd pula adalah penyelaras global bersama dan penyelaras bersama; manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd adalah penyelaras bersama dan penaja jamin bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

Tawaran awam permulaan (IPO) melibatkan sehingga 875.0 juta saham akan terdiri daripada terbitan awam sebanyak 464.0 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan sehingga 411.0 juta saham sedia ada. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Johor Plantations dapat kelulusan SC untuk penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia
Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.