Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjangka Sarawak mampu mengekalkan kedudukannya sebagai negeri pengeksport utama negara, dengan produk petroleum khususnya gas asli cecair (LNG) kekal sebagai penyumbang utama.
Pengarah Matrade Wilayah Sarawak Leany Mokhtar berkata selain LNG, sektor pembuatan membabitkan produk perkayuan, minyak sawit, elektrikal dan elektronik dikenalpasti antara penyumbang terbesar kearah prestasi memberangsangkan eksport negeri.
Beliau berkata keyakinan itu juga bersandarkan kepada peningkatan permintaan terhadap produk berkenaan dari kalangan negara pengimport, terutama Jepun, Korea, China, Taiwan dan India.
"Matrade mengambil pendirian optimis, malah yakin dengan keupayaan eksport Sarawak untuk terus berkembang tahun depan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran di peringkat global," katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Program Outreach Matrade dan agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 2016 di Bintulu, semalam.
Kira-kira 70 wakil syarikat pelbagai sektor, terutama industri gas dan minyak menyertai program berkenaan yang juga sebahagian daripada inisiatif MITI ke arah usaha meningkatkan penyertaan pengeksport dalam kalangan usahawan tempatan.
Leany berkata sepanjang tempoh antara Januari dan Oktober 2016, Sarawak mencatatkan nilai eksport mencecah RM49.9 bilion berbanding RM61 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
"Berlaku sedikit penurunan dari segi nilai eksport antara tahun ini dan tahun lalu. Ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielak, khususnya peningkatan kos bahan mentah dan ketidaktentuan kadar tukaran wang disebabkan situasi ekonomi semasa," katanya.
"Namun, kita bersikap positif terhadap perkara itu, malah sedang merangka pelbagai pendekatan strategik dalam mendepani cabaran berkenaan," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2016

Selain LNG, sektor pembuatan membabitkan produk perkayuan, minyak sawit, elektrikal dan elektronik dikenalpasti antara penyumbang terbesar ke arah prestasi memberangsangkan eksport negeri.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sarawak mampu kekal kedudukan sebagai negeri pengeksport utama negara
Matrade jangka Sarawak mampu kekalkan kedudukannya sebagai negeri pengeksport utama negara, dengan produk petroleum khususnya LNG sebagai penyumbang utama.