Siri Rangkaian Galaxy dan Ativ terbaru daripada Samsung telah dilancarkan di London pada Khamis.
Dianggarkan seramai 1,000 tetamu hadir di majlis pelancaran itu yang terdiri daripada rakan media dan rakan niaga Samsung.
Antara produk-produk yang dilancarkan adalah rangkaian Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Mini, Galaxy S4 Active and yang terbaru adalah Galaxy S4 Zoom.
Galaxy S4 Mini adalah versi mini telefon utama terbaru Samsung iaitu Samsung Galaxy S4. Manakala bagi Galaxy S4 Active ia merupakan versi kalis air dan habuk dan direka khas buat mereka yang aktif dan tahan lasak. Bagi Galaxy S4 Zoom pula ia merupakan versi Galaxy S4 yang disasarkan menjurus kepada kamera digital yang menggunakan kanta optik 16 megapiksel dengan sokongan zoom optikal sehingga 10x.
Keluarga Ativ juga memperkenalkan empat produk terbaru merangkumi komputer riba berasaskan Windows iaitu Ativ Book 9 Plus dan Book 9 Lite, Ativ Q, Ativ Tab 3 dan Ativ One 5 Style .
Antara lain, Samsung turut memperkenalkan kamera unik dikenali sebagai samsung Galaxy NX. Galaxy NX merupakan kamera pintar yang beroperasi menggunakan Android Jelly Bean 4.2.
Tiada harga diumumkan dan tarikh rasmi bilakah gadjet tersebut akan hadir untuk pasaran tempatan.
Astro Awani
Sat Jun 22 2013
![Samsung perkenal rangkaian Galaxy dan Ativ baharu Samsung perkenal rangkaian Galaxy dan Ativ baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41364566074_295x200.jpg)
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Samsung perkenal rangkaian Galaxy dan Ativ baharu Samsung perkenal rangkaian Galaxy dan Ativ baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41364566074_295x200.jpg)
Samsung perkenal rangkaian Galaxy dan Ativ baharu
Rangkaian Galaxy S4 iaitu Galaxy S4 Mini, Galaxy S4 Active and yang terbaru adalah Galaxy S4 Zoom antara produk yang dilancarkan Samsung di London.