KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd berkurangan kepada RM27.66 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023 daripada RM30.37 juta pada suku sama tahun lepas.
Menurut penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan negara itu, prestasi yang lebih baik antaranya disumbangkan oleh tawaran perkhidmatannya yang meneraju pasaran dan pengurusan kos berkesan yang berterusan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pos Malaysia berkata perolehannya turun kepada RM482.27 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 daripada RM484.35 juta sebelum ini berikutan perolehan perniagaan pos yang menyusut 13 peratus tahun ke tahun, terutamanya disebabkan perniagaan kurier yang merosot.
"(Keadaan ini disebabkan) pengurangan dalam keseluruhan jumlah bungkusan susulan peningkatan sumber dalaman oleh pemain pasaran e-dagang, peralihan permintaan daripada membeli-belah dalam talian kepada pembelian secara fizikal dan persaingan yang meningkat daripada pemain kurier lain," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.
"Penambahbaikan itu boleh dikaitkan dengan langkah kawalan kos yang teguh dan produktiviti yang semakin baik, malah turut menggambarkan keuntungan bahagian pasaran dan program peningkatan hasil yang berterusan dalam sektor kurier," katanya.
Brewer berkata di sebalik cabaran berkenaan, kumpulan kekal optimis namun berhati-hati untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023

CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Kerugian bersih Pos Malaysia meningkat kepada RM55.92 juta pada suku kedua
Hasil susut kepada RM443.43 juta daripada RM465.20 juta yang sebelumnya disumbangkan oleh pendapatan lebih rendah dalam segmen pos dan logistik.

Pos Malaysia capai 96 peratus prestasi penghantaran dijamin
Pos Malaysia memantau prestasi perkhidmatannya setiap hari untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar.

Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.

Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.

Pos Malaysia sambung semula perkhidmatan penghantaran antarabangsa
Penyedia perkhidmatan pos itu berkata, secara keseluruhan, ia telah beroperasi semula ke 145 negara sehingga kini.

Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen 'Pos Rider' untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.

Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia
Semua pejabat pos dan pusat perkhidmatan Pos Laju sekitar Kota Setar, Kedah, akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran.

Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'
Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Pos Malaysia naikkan kadar pos komersial
Langkah itu seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU).

Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan
Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersil dalam negeri.