Sistem Transit Rapid (RTS) yang menjadi penghubung terbaharu antara Johor Bahru dan Singapura dijangka membantu merancakkan ekonomi merentas sempadan kedua-dua negara.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya, dengan wujudnya RTS, ia akan meningkatkan lagi pergerakan yang menyumbang kepada kegiatan ekonomi.
Jelasnya, fenomena ekonomi merentas sempadan turut memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk memilih pekerjaan dengan kadar bayaran yang lebih tinggi.
"Rakyat Malaysia di Johor ataupun negeri lain boleh pilih untuk bekerja di Singapura peluang cross border economy ini tidak boleh didapati di tempat lain. Cross border economy melahirkan peluang pekerjaan potensi. Ia bukan sesuatu yang kita patut malu, ia tidak bermakna kita tidak reti urus ekonomi, no. This is cross border economy."
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian dua hala bagi projek RTS.
Jelasnya lagi, ekonomi merentas sempadan berlaku di semua negara, termasuk di Mexico-Amerika Syarikat yang menjadi antara sempadan paling sesak. Sempadan Johor Bahru-Singapura juga boleh dikategorikan sebagai antara sempadan yang tersesak, tambahnya.
Kerajaan Negeri yang amat mengalu-alukan projek tersebut, berharap ia dapat disiapkan sebelum tahun 2024.
Mohamed Khaled turut memberitahu, apabila ia siap kelak, kerajaan negeri sedia untuk menjadi contoh, memberi pandangan dan panduan kepada negeri lain seperti Kedah, untuk menggalakkan ekonomi merentas sempadan melibatkan negara jiran.
RTS yang diperkenalkan pada tahun 2010 akan beroperasi dari Bukit Chagar Johor ke Stesen Woodlands di Singapura.
Apabila siap, RTS link mampu menampung sehingga 10 ribu penumpang sejam bagi setiap arah.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled juga mahu Johor untuk terus bersedia menjadi negeri termaju dengan menjadikan Singapura sebagai penanda aras.
Astro Awani
Sat Jan 20 2018
RTS turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih pekerjaan dengan kadar bayaran yang lebih tinggi. - Gambar hiasan
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Pertumbuhan APEC diunjur menyederhana kepada 3.1 peratus pada 2025
Rantau APEC sedang mengharungi cabaran ekonomi yang ketara apabila keadaan global berkembang.
Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara - Sim
Pekerja yang mempunyai tambahan duit di dalam poket, bakal merangsang pasaran tempatan.
Penambahbaikan SST dijangka jana hasil RM51.7 bilion pada 2025 - Amir Hamzah
Unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan sebanyak RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 billion.
Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Pendekatan 'America First' Trump mungkin sebenarnya boleh buka peluang ekonomi lebih besar untuk Malaysia.
'ASEAN berpotensi pastikan harga barang negara anggota stabil'
Ia berpotensi mengukuhkan kedudukan ekonomi ASEAN di persada global dan memastikan kestabilan harga serta daya tahan ekonomi rantau ini.
Krisis inflasi terburuk Australia berakhir - PM Albanese
Rakyat Australia mempunyai sebab untuk optimis, dengan data baharu menunjukkan inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.