KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama menjayakan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dengan meletakkan integriti sebagai asas.
Ismail Sabri menjelaskan intergriti penting bagi mengelakkan sebarang konflik berkepentingan peribadi demi Keluarga Malaysia.
Beliau juga menjelaskan tanpa integriti, pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan program atau projek tertentu dalam RMK-12 tidak melakukan sesuatu dengan betul dan tidak akan jujur.
"Secara asasnya, kesemua matlamat serta perancangan yang digariskan dalam RMK-12 hanya boleh dicapai jika semua kita Keluarga Malaysia bersama-sama menjayakannya dengan menjadikan agenda integriti sebagai teras utama.
"Tanpa integriti, kita tidak melakukan sesuatu dengan betul. Tanpa integriti, kita tidak akan jujur. Tanpa integriti, pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan program atau projek tertentu dalam RMK-12 akan bertindak sambil lewa, mempunyai kepentingan peribadi, salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan akibatnya akan berlaku ketirisan yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada kita Keluarga Malaysia," katanya menerusi ucapan penutup Konvensyen Integriti Nasional 2021 (KIN 2021).
Ucapan Perdana Menteri dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Perdana Menteri juga menjelaskan semua strategi dan inisiatif-inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang diperkenalkan pada 2019 amat penting bagi meningkatkan persepsi masyarakat luar negara terhadap Malaysia.
Selain itu Perdana Menteri berkata strategi dan inisiatif-inisiatif dalam NACP juga dapat meningkatkan ekonomi, pendapatan serta kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Beliau juga menjelaskan dalam RMK-12, kerajaan meletakkan sasaran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia pada tahun 2025 adalah berada dalam kelompok 30 negara terbaik.
"Namun begitu, berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara, dalam kita membanteras rasuah, usaha penyemaian nilai-nilai murni dan integriti juga patut diperluas dan diperkukuhkan dengan menjadikan integriti sebagai agenda Keluarga Malaysia.
"Kita boleh lihat negara-negara yang mempunyai ranking atau kedudukan yang teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index) yang dikeluarkan oleh Transparency International.
"New Zealand, Denmark dan Finland sebagai contoh, kejayaan mereka hari ini dalam memerangi jenayah rasuah adalah berpunca daripada penyemaian nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan rakyat mereka bermula dari rumah sebagai institusi pendidikan pertama.
"Usaha mereka ini jika dikaji mengambil masa yang lama, dan gerakan ini perlulah satu komitmen dan gerakan yang menyeluruh," katanya lagi.
Astro Awani
Tue Nov 09 2021
Perdana Menteri berkata tanpa integriti, pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan program atau projek tertentu dalam RMK-12 tidak melakukan sesuatu dengan betul dan tidak akan jujur. - Gambar fail/BERNAMA
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.