KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyalurkan sebanyak RM155.18 bilion kepada pengurus portfolio luaran setakat 31 Disember 2020.
Jumlah ini, yang telah dilaburkan ke dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap, mewakili 15.55% daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, walaupun terpaksa beroperasi dalam persekitaran pasaran global yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19, pengurus portfolio luaran KWSP tetap menunjukkan prestasi pelaburan yang baik dan berupaya memberikan pulangan dalam lingkungan objektif pelaburannya.
“Seiring dengan pertumbuhan saiz dana, KWSP akan terus memperuntukkan sebahagian daripada dana tersebut kepada pengurus portfolio luaran bagi mengoptimumkan pulangan dan meningkatkan prestasi aset.
“Ketelitian pandangan dan kepakaran mereka telah menjadi antara faktor penyumbang kepada kejayaan KWSP dan kesejahteraan persaraan ahli, terutamanya ketika keadaan ekonomi yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2021, menurut KWSP, sebanyak 19 anugerah yang terdiri daripada sembilan kategori Pendapatan Tetap dan 10 kategori Ekuiti, telah diberikan kepada pengurus-pengurus portfolio luaran yang terbaik sebagai pengiktirafan prestasi cemerlang mereka.
Bagi tahun kewangan berakhir 2020, KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.20% dengan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional.
Sementara, 4.90% diumumkan bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan sebanyak RM4.76 bilion.
Secara kumulatif, agihan KWSP pada tahun 2020 adalah berjumlah RM47.64 bilion.
Selaras dengan matlamat pelaburan lestari, KWSP juga bekerja rapat dengan pengurus portfolio luaran untuk inisiatif Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) institusi itu dalam aspek membina kesedaran serta mengaplikasikan parameter kemampanan dalam proses pelaburan oleh pengurus dana bagi memastikan keselarasan matlamat antara kedua-dua pihak.
“KWSP yakin bahawa pengurus dana akan terus mencatatkan prestasi cemerlang serta mengekalkan standard yang tinggi dalam menguruskan portfolio KWSP, selain memastikan aset-aset terus mampan untuk jangka panjang,” tambah Ahmad Badri.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Sat Oct 09 2021

Pengurus portfolio luaran KWSP tetap menunjukkan prestasi pelaburan yang baik. - Foto fail
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dividen kukuh yang diumumkan KWSP menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI berada di landasan yang betul.

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

KWSP umum dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah
KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.