KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini meneruskan aliran menurun pada minggu lepas susulan kekurangan pemangkin baharu.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6670/6745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6455/6500 pada Jumaat minggu lepas.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberi tahu Bernama, ringgit berbanding dolar AS turun melepasi paras rintangan segera pada RM4.6611 dan ketika ini berlegar pada RM4.6685 berbanding dolar AS.
"Ringgit nampaknya mengalami pembetulan teknikal memandangkan ia meningkat agak tinggi pada awal Januari.
"Indeks Dolar AS (DXY) juga meraih momentum, meningkat sebanyak 0.07 peratus kepada 102.478 mata hari ini," kata Mohd Afzanizam.
Sementara itu, katanya, pelabur pasaran asing kini menumpukan kepada pengumuman angka keluaran dalam negara kasar suku keempat 2023 China pada Rabu, bersama-sama dengan indeks harga pengguna (IHP) United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU).
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding euro kepada 5.1076/1158 daripada paras penutup 5.0924/0973 pada Jumaat, susut berbanding pound Britain kepada 5.9388/9483 daripada 5.9239/9297 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.2029/2085 daripada 3.2007/2040 sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Unit tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4982/5041 daripada paras penutup 3.4900/4936 dan susut berbanding baht Thai kepada 13.3518/3802 daripada 13.2464/2664.
Ringgi juga turun berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.38 daripada 8.30/8.32 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 299.9/300.6 daripada 298.6/299.1.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6670/6745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6455/6500 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Pasaran getah ditutup rendah, alami pembetulan teknikal
Pada 5 petang, harga penutup MRB untuk SMR 20 adalah 827 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 784 sen sekilogram.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan baru-baru ini
Ringgit mengalami pembetulan teknikal hari ini dan ditutup rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan peningkatan sejak beberapa hari lepas, kata seorang penganalisis.

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini meneruskan aliran menurun pada minggu lepas susulan kekurangan pemangkin baharu.

Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6675/6725 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6340/6400 pada Isnin.

Ringgit dijangka alami pembetulan teknikal berbanding dolar AS minggu depan
Sejajar dengan peningkatan ketika ini, terdapat kemungkinan ringgit mengalami beberapa pembetulan teknikal dalam aktiviti pengambilan untung.