KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan penurunan hari ini selepas peningkatan tiga hari dagangan berturut-turut susulan pengumuman data Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) yang rendah dan pembetulan teknikal, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6675/6725 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6340/6400 pada Isnin.
Menurut Jabatan Perangkaan, IPP Malaysia yang terdiri daripada tiga sektor iaitu perlombongan, pembuatan dan elektrik, susut sebanyak 0.5 peratus tahun ke tahun pada September 2023.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata angka IPP itu menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terdedah kepada persekitaran luar.
Justeru, katanya, bank pusat dijangka mengekalkan pendirian akomodatif untuk menyokong keseluruhan pertumbuhan.
Mengenai perkembangan lain, Mohd Afzanizam adalah perkara biasa untuk melihat beberapa pembetulan teknikal berlaku terhadap unit tempatan memandangkan peningkatan mendadak sejak pengumuman laporan Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas.
"Dari segi teknikal dolar AS-ringgit ketika ini berada di atas sedikit daripada paras sokongan RM4.6611 manakala paras rintangan berada pada RM4.7958.
"Kemungkinan, pasaran masih belum pasti tentang pendirian monetari Rizab Persekutuan manakala mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 12-13 Dis akan menjadi petunjuk penting kerana ia akan berkongsi unjuran ekonomi terkini mereka," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1026/1061 daripada paras penutup 3.0959/1002 pada Isnin, turun berbanding euro kepada 4.9863/9916 daripada 4.9806/9871 tetapi mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7415/7476 daripada 5.7462/7536.
Ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4444/4483 daripada 3.4341/4388 pada Isnin dan turun berbanding baht Thai kepada 13.1154/1346 daripada 13.0521/0741 sebelumnya.
Ringgit juga jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.29/8.30 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 298.4/298.9 daripada 298.1/298.7.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6675/6725 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6340/6400 pada Isnin. - Gambar hiasan/BERNAMA

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.