KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengalami pembetulan teknikal pada hari-hari akan datang, diunjur diniagakan dalam jajaran 4.1650 hingga 4.1750 berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar dengan peningkatan ketika ini, terdapat kemungkinan ringgit mengalami beberapa pembetulan teknikal dalam aktiviti pengambilan untung.
Bagi minggu-minggu yang akan datang, para pelabur dijangka menumpukan kepada beberapa data ekonomi dari Amerika Syarikat (AS) seperti angka Indeks Pengurusan Pembelian (PMI), kadar pengangguran AS dan angka Senarai Gaji Bukan Ladang bagi Disember untuk mencari petunjuk hala tuju pasaran.
"Bagaimanapun, kami tetap positif terhadap ringgit berbanding dolar AS dengan sasaran akhir tahun bagi 2022 pada RM4.09.
"Kemungkinan Kadar Dasar Semalaman tinggi serta harga komoditi mungkin membantu menambah baik nilai ringgit pada masa depan," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan tinggi kecuali pada Rabu apabila ia mencatatkan pengambilan untung, dipengaruhi terutamanya oleh aktiviti memperelokkan akaun menghala ke hujung tahun selain pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan penularan varian baharu COVID-9, Omicron.
Unit tempatan ditutup tinggi minggu ini berbanding dolar AS kepada 4.1650/1680 pada Jumaat berbanding 4.1935/1980 pada minggu sebelumnya.
Bagi asas tahun ke tahun, Mohd Afzanizam berkata ringgit turun 3.59 peratus pada sesi penutup Jumaat, hari terakhir dagangan bagi tahun 2021 berbanding 4.0203/0250 yang dicatatkan pada 31 Dis, 2020.
Beliau berkata ringgit bergerak tidak menentu berbanding dolar AS sepanjang tahun ini daripada paras serendah 4.005 pada permulaan tahun kepada setinggi 4.24 semasa separuh kedua.
Sementara itu, unit tempatan juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain pada Jumaat.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0872/0899 daripada 3.0887/0954 pada Jumaat minggu sebelumnya, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6186/6212 daripada 3.6660/6702 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7194/7228 daripada 4.7567/7618.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.6277/6318 berbanding 5.6226/6287pada Jumaat minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022

Ringgit dijangka mengalami pembetulan teknikal pada hari-hari akan datang, diunjur diniagakan dalam jajaran 4.1650 hingga 4.1750 berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis. -Gambar fail/Bernama

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.

Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.

Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.