KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Rabu, berikutan kekurangan permintaan memandangkan Indeks Dolar AS (DXY) terus mengukuh.
Pada pukul 6 petang, ringgit susut kepada 4.6665/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 ketika ditutup pada Selasa.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata ringgit lebih lemah hari ini berikutan aliran dolar AS yang lebih luas, dengan DXY pulih melebihi paras penting 104.00.
"Walaupun pengurangan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) tahun depan dijangkakan ramai dan boleh mempengaruhi dolar AS namun, pasaran mula menganggap pengurangan 125 mata asas adalah keterlaluan.
"Jadi, pelabur dijangka kurang untuk menjual dolar sehingga data mengesahkan tindakan lancar Fed yang lebih rendah," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata beberapa minggu akan datang dijangka memberi kejelasan mengenai laluan dasar makro dan Fed.
"Peristiwa penting termasuk data pengangguran AS, senarai gaji bukan ladang, Indeks Harga Pengguna AS, mesyuarat Bank of England serta mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed, dengan jawatankuasa itu akan menyemak Ringkasan Unjuran Ekonomi, termasuk plot titik kadar Dana Fed bagi 2024 hingga 2026," katanya.
Sementara itu, Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data daripada Indeks Pengurus Pembelian (IPP) bukan pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS adalah lebih tinggi berbanding jangkaan (52.7 berbanding unjuran pada 52) mendorong kenaikan dolar AS.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding euro kepada 5.0356/0394 daripada 5.0483/0537 semasa ditutup pada Selasa serta tinggi berbanding pound kepada 5.8793/8837 daripada 5.8873/8936.
Ringgit kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1672/1700 daripada 3.1692/1729 sebelumnya.
Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN lain.
Mata wang domestik susut berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.45 daripada 8.42/8.44 pada Selasa dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.2714/2908 daripada 13.2040/2241.
Ringgit turun berbanding rupiah Indonesia kepada 301.1/301.5 daripada 300.5/301.0 namun, unit domestk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4801/4830 daripada 3.4820/4860 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Pada pukul 6 petang, ringgit susut kepada 4.6665/6700 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.