KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi sedikit ketika ditutup pada Khamis berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Amerika Syarikat lewat malam ini.
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketika ringgit meningkat, rupiah Indonesia dan yen Jepun melemah berbanding dolar AS. Beliau menyatakan rupiah Indonesia jatuh walaupun kadar faedah meningkat secara mengejut semalam.
Bank of Indonesia (BI) menaikkan kadar dasar mereka sebanyak 25 mata asas kepada 6.25 peratus untuk mengukuhkan mata wang dan sebagai langkah awal bagi membendung inflasi. Yen Jepun pula meneruskan kejatuhannya, susut 0.21 peratus kepada 155.68 yen berbanding dolar AS.
Laporan menyebut pelabur telah menjual yen Jepun untuk membeli dolar AS di tengah-tengah perbezaan kadar faedah yang luas di antara Jepun dan Amerika Syarikat.
"Pasaran akan memerhatikan data mengenai ekonomi AS, terutamanya KDNK suku pertama malam ini dan angka perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) (malam esok) sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS minggu depan pada 30 April dan 1 Mei.
"Nampaknya ekonomi AS yang teguh (setakat ini) telah memberikan sokongan kukuh kepada dolar AS," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata lonjakan tempahan untuk barangan tahan lama di AS baru-baru ini telah memberikan rangsangan kepada dolar AS dan yen yang semakin lemah mungkin memberi kesan kepada ringgit.
"Yen Jepun terus lemah tanpa campur tangan, yang berpotensi mempengaruhi tekanan menurun ke atas ringgit," katanya.
Innes berkata, kadar inflasi Malaysia yang stabil menunjukkan "senario nuansa" iaitu perbezaan yang sangat sedikit untuk pasaran tempatan.
"Tanda-tanda pertumbuhan global yang menggalakkan, terutamanya tinjauan keyakinan dalam kalangan perniagaan di Eropah, boleh menawarkan prospek yang menjanjikan bagi trajektori ringgit," tambahnya.
Ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0677/0698 daripada 3.0830/0840 ketika ditutup pada Rabu tetapi susut berbanding pound British kepada 5.9748/9786 daripada 5.9362/9381 dan jatuh berbanding euro kepada 5.1211/1243 daripada 5.1046/1062 sebelum ini.
Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang di negara-negara Asean.
Mata wang tempatan itu meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8939/9087 berbanding 12.9004/9097 ketika ditutup semalam dan lebih baik berbanding peso Filipina kepada 8.26/8.27 daripada 8.30/8.31 pada Rabu.
Ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 294.9/295.2 daripada 295.6/295.9 pada Rabu tetapi jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5120/5144 daripada 3.5090/5104 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Innes berkata, kadar inflasi Malaysia yang stabil menunjukkan "senario nuansa" iaitu perbezaan yang sangat sedikit untuk pasaran tempatan. - Gambar fail/Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.