KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dolar AS menyusut berikutan aktiviti jualan selepas laporan Indeks Pengurus Pembelian ISM AS bagi perkhidmatan menunjukkan tekanan harga yang semakin berkurangan, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7380/7425 berbanding dolar AS daripada 4.7545/7575 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit telah mendapat asas yang baik hari ini berikutan keluaran lemah indeks ISM AS dalam sektor perkhidmatan kepada 51.4 mata pada Mac yang merosot daripada 69.1 mata pada Disember 2021.
"Data sedemikian menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan akan memulakan pelonggaran monetarinya tahun ini. Persoalannya adalah aturan masa untuk penurunan kadar akhirnya yang terus menjejaskan sentimen pasaran," katanya kepada Bernama.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata tumpuan telah beralih kepada senarai gaji bukan perladangan yang akan diumumkan pada Jumaat.
"Terdapat kemungkinan bahawa cetakan dan purata pendapatan setiap jam yang neutral dapat menyaksikan dolar yang lebih rendah," katanya.
Pada penutupan dagangan, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbanding yen Jepun.
Ia menyusut berbanding euro kepada 5.1445/1494 daripada 5.1192/1224 semasa ditutup pada Rabu, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0002/0059 daripada 5.9769/9807, tetapi tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1222/1254 daripada 3.1329/1351 sebelum ini.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean kecuali berbanding dolar Singapura.
Mata wang tempatan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9048/12.9223 daripada 12.9519/12.9653 pada Rabu dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 298.1/298.5 berbanding 298.6/298.9 sebelum ini.
Ringgit juga menokok berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.42/8.43 semasa ditutup semalam tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5172/5208 daripada 3.5159/5183 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Pada penutupan dagangan, ringgit turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali berbanding yen Jepun. - Gambar fail/Bernama
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.
AWANI Ringkas: SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa esok
Seorang lelaki yang dipercayai memukul ibu kandungnya hingga maut sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam peti sejuk beku akan didakwa di mahkamah esok.
Tiga sekeluarga maut kemalangan babit dua kenderaan
Tiga beranak maut seorang lagi parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan sebuah kereta pacuan empat roda di Bandar Permaisuri.
Kenyataan Menteri MOTAC bakar isu 3R di dalam dan luar negara - Mas Ermieyati
Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dia terkejut kenyataan Menteri Pelancongan yang mendakwa tindakan DBKL terhadap golongan peniaga pamer papan tanda bahasa kebangsan akan mempengaruhi keputusan pelancong melawat Malaysia. #SisiTVParlimen
Ringgit ditutup tinggi apabila dolar AS menyusut disebabkan aktiviti jualan
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7380/7425 berbanding dolar AS daripada 4.7545/7575 semasa ditutup pada Rabu.