KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan kurang memberangsangkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, di tengah-tengah sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya di enam negeri Malaysia, esok.
Pengukuhan dolar AS juga didorong oleh hasil Perbendaharaan 10 tahun AS yang lebih tinggi selepas pengumuman berkaitan data inflasi negara maju itu semalam, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.5865/5895 berbanding dolar AS daripada 4.5690/5720, semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS mengukuh ketika peniaga tidak yakin pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan bertindak menangguhkan kitaran kenaikan kadar faedah itu pada masa sini berikutan terdapat satu lagi pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) dan laporan penggajian sebelum bank pusat negara itu bermesyuarat pada September.
"Sehubungan itu, kemungkinan satu lagi kenaikan kadar faedah itu tidak boleh dinafikan, terutama dalam keadaan kadar faedah berkaitan tenaga dan makanan yang tinggi. Akibatnya, hasil bon meningkat dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap ringgit," katanya kepada Bernama.
Innes berkata, kebimbangan kredit membabitkan kalangan pemaju perumahan China, juga hanya menjejaskan lagi sentimen di negara itu dengan tempiasnya turut dialami ringgit.
Selain itu, beliau berkata penyusutan pertumbuhan ekonomi Singapura yang berlaku di bawah jangkaan, hanya membayangkan keadaan lebih perlahan di republik itu dan berpotensi menjejaskan eksport dan perkhidmatan Malaysia sekiranya menjadi lebih buruk.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1712/1735 daripada 3.1760/1783, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8230/8268 daripada 5.8296/8334 namun rendah berbanding euro kepada 5.0351/0384 daripada 5.0350/0383, sebelum ini.
Pada masa sama, unit tempatan itu diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3967/3991 daripada 3.3948/3975 pada akhir urus niaga Khamis dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 301.3/301.6 daripada 300.8/301.2, semalam.
Ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.15 daripada 8.12/8.13 pada Khamis dan rendah berbanding baht Thailand pada 13.0737/0871 daripada 13.0112/0264, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 11 2023
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.5865/5895 berbanding dolar AS daripada 4.5690/5720, semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup kukuh, catat prestasi terbaik di Asia berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sebanyak 0.36 peratus kepada 4.3505/3560 daripada paras penutup 4.3675/3705 pada Selasa.
Ringgit diunjur meningkat berbanding dolar AS pada RM4.23 akhir 2024 - MIDF Amanah
Menurut MIDF Amanah, pendirian Rizab Persekutuan AS yang lebih longgar menguatkan keyakinannya kepada kenaikan ringgit pada suku keempat 2024.
Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS ketika ditutup
Ringgit susut sedikit ketika ditutup pada Jumaat selepas mencatatkan peningkatan berturut-turut sejak beberapa hari lepas, susulan konsolidasi dan pengambilan untung.
Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.
Ringgit kekal disokong dengan baik berikutan pasaran tunggu ucapan Pengerusi Fed
Ringgit kekal disokong dengan baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila menutup minggu dagangan ini di paras 4.37 pada Jumaat.
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.