KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat pada Rabu susulan peserta pasaran kekal menentu mengenai impak jangkaan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) berkaitan kadar faedah ke atas dolar.
Fed akan membincangkan dasar monetarinya dan membuat keputusan mengenai kadar faedah lewat hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang pertama bagi 2024.
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7250/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7255/7290 ketika ditutup pada Selasa.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata Fed dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan keputusan itu boleh memberi sokongan kepada ringgit dalam beberapa hari akan datang.
"Pasaran tidak pasti mengenai impak jangkaan keputusan kadar faedah terhadap dolar AS, ramai pelabur memilih untuk melindungi pegangan mereka menjelang acara penting.
"Dari sudut teknikal, jika ringgit berjaya melepasi 4.7200, ia boleh meningkat setinggi 4.6550 dalam beberapa hari," katanya.
Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2032/2054 daripada 3.2061/2087 ketika ditutup pada Selasa dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9970/6.0008 daripada 5.9924/9968.
Mata wang tempatan juga susut berbanding euro kepada 5.1224/1256 daripada 5.1163/1201.
Pada masa sama, ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.
Unit domestik rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5277/5302 daripada 3.5273/5304 semalam dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.3614/3760 daripada 13.3572/3727.
Walau bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina masing-masing pada 299.4/299.7 dan 8.37/8.38 daripada penutupan Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7250/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7255/7290 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan
Tembok besi beri keinsafan, peluang hayati al-Quran - Tahanan
Bagi Syafikah, aktiviti berbentuk kerohanian dan keislaman memberi banyak tunjuk ajar kepada dirinya untuk membina jati diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import
JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras yang mengikrar barangan sebagai sayur-sayuran, menerusi penahanan dua kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 13 Jun.
Tumpuan Jumaat – 05 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 2)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to Karisma Putera Abdul Rahman, Policy Research Analyst at Bait Al Amanah
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi
Orang ramai diingat supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98.
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor
Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.