KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan permintaan yang lebih baik untuk dolar AS selepas dirangsang oleh hasil AS yang kukuh, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.4520/4565 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat lalu pada paras 4.4335/4370.
Hasil 10 tahun AS dilaporkan meningkat sebanyak enam mata asas (bps) kepada 3.94 peratus sementara hasil dua tahun naik 12 mata asas kepada 4.81 peratus.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata hasil AS yang lebih tinggi dan sentimen risiko yang tidak menentu akan memberi kesan negatif kepada ringgit.
"Perubahan sentimen berikutan laporan deflator Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras yang lebih kukuh daripada jangkaan, menambah kebimbangan mengenai keperluan untuk kadar terminal Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2670/2706 daripada 3.2804/2833 pada Jumaat lepas dan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3246/3300 daripada 5.3308/3350 sebelumnya.
Nilai ringgit menyusut sedikit berbanding euro pada 4.6986/7034 daripada 4.6933/6970 dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2990/3026 daripada 3.2970/3001 pada penutup Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2670/2706 daripada 3.2804/2833 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal berikutan aktiviti pengambilan untung
Pada 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.6725/6945 berbanding dolar AS daripada 4.6700/6730 pada Jumaat lepas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Ringgit kekal dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi susulan data ekonomi Amerika Syarikat lemah
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7100/7130 berbanding dolar US daripada 4.7180/7210 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.