KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar US semasa sesi awal dagangan pada Khamis susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, memberi petunjuk bahawa ekonomi semakin lemah dan keperluan bagi Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk melonggarkan dasar monetari untuk meningkatkan ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7100/7130 berbanding dolar US daripada 4.7180/7210 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit boleh menunjukkan prestasi baik hari ini, mungkin mengukuh daripada paras RM4.71 berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah.
Imbas kembali, AS mengeluarkan satu siri data ekonomi; Indeks ISM bagi sektor perkhidmatan merosot di bawah 50 mata kepada 48.8 mata pada bulan Jun dan sub-indeks Pesanan Baharu turun dengan ketara kepada 47.3 mata.
Selain itu, dakwaan awal bahawa pengangguran adalah lebih tinggi daripada jangkaan, mencecah 238,000 minggu lepas berbanding anggaran konsensus manakala laporan pekerjaan ADP yang mengukur penciptaan pekerjaan dalam sektor swasta, turun kepada 150,000 pada bulan Jun daripada 157,000 tahun lalu, lebih rendah berbanding konsensus anggaran sebanyak 165,000.
Nota Perbendaharaan AS dua dan 10 tahun masing-masing susut empat dan tujuh mata asas kepada 4.71 peratus dan 4.36 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) turun lebih rendah kepada 105.403 mata malam tadi berbanding 105.722 mata sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9180/9201 daripada 2.9149/9169 semalam, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0057/0095 daripada 5.9895/9933 ketika ditutup semalam dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0835/0867 daripada 5.0737/0770 sebelumnya.
Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang negara ASEAN kecuali rupiah Indonesia.
Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 287.6/288.0 daripada 288.1/288.5 tetapi diniagakan rendah berbanding dolar Singapura pada 3.4824/4849 daripada 3.4778/4803 ketika ditutup semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8653/8781 daripada 12.8346/8466 sebelumnya.
Ringgit tidak berubah berbanding peso FIlipina pada 8.03/8.04 sejak penutupn pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang negara ASEAN kecuali rupiah Indonesia. - Gambar hiasan
Sayap belia PBB dimuktamadkan pada konvensyen tahun depan - Abang Johari
Abang Johari Tun Openg berkata sayap baharu itu bakal dianggotai oleh individu yang berumur 18 hingga 28 tahun.
Angkasa komited bangunkan koperasi untuk kesejahteraan sosioekonomi
Ia selari dengan tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa iaitu "Koperasi Membina Masa Depan Yang Lebih Baik Untuk Semua".
Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah
Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.
Nga ketengah 'diplomasi durian' pada Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China
Kor Ming berkata inisiatif itu bertujuan memupuk hubungan yang lebih mesra dan membuahkan hasil antara negara terbabit.
AWANI 7:45 [06/07/2024] - Penentuan Sungai Bakap | Pasukan khas dapatkan dokumen | Pemantauan serius dan berkala | Bukan 'blame game'
#AWANI745 malam ini bersama Nickyson Nyambar;
1. Siapa Menang PRK Sungai Bakap? Perkembangan terkini seketika nanti
2. SPRM sudah kenal pasti individu, siasat HRD Corp
3. Arahan jaga satu kampung, satu pemimpin, untuk dekati masyarakat setempat, kata PM
4. Mara Inc rugi 286.3 juta ringgit sebab beli aset luar negara, lebih harga pasaran
1. Siapa Menang PRK Sungai Bakap? Perkembangan terkini seketika nanti
2. SPRM sudah kenal pasti individu, siasat HRD Corp
3. Arahan jaga satu kampung, satu pemimpin, untuk dekati masyarakat setempat, kata PM
4. Mara Inc rugi 286.3 juta ringgit sebab beli aset luar negara, lebih harga pasaran
10 Berita Pilihan - (06 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 07 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warga Iran sambut baik kemenangan Masoud Pezeshkian
Penduduk di Tehran memberi reaksi positif selepas calon reformis Iran, Masoud Pezeshkian memenangi Pilihan Raya Presiden pusingan kedua, menentang calon ultrakonservatif, Saeed Jalili pada Sabtu.
Penduduk berarak bawa jenazah pemuda ditembak Israel
Penduduk di bandar Beit Ur al-Tahta, berhampiran Ramallah di Tebing Barat berarak membawa jenazah seorang pemuda Palestin yang meninggal dunia pada Sabtu.
Debaran warga Perancis menjelang hari mengundi esok
Menjelang hari pengundian Perancis, penduduk di Paris memberi reaksi berbeza mengenai pilihan raya pusingan kedua yang akan berlangsung pada Ahad.
Ringgit dibuka tinggi susulan data ekonomi Amerika Syarikat lemah
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7100/7130 berbanding dolar US daripada 4.7180/7210 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul
OpenAI mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan pasaran China pada 9 Julai ini.
Pasangan panda gergasi China tiba di AS
Yun Chuan, panda gergasi jantan berusia lima tahun dan Xin Bao, panda betina berusia empat tahun, dipilih dari CCRCGP.
Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump
Trump menegaskan bahawa di bawah pentadbirannya, ekonomi negara mencapai prestasi terbaik, dengan banyak negara mengagumi kejayaan tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuaca panas: Patung lilin replika Abraham Lincoln cair di kepala
Patung lilin replika Abraham Lincoln dilihat tidak dapat menampung suhu panas yang melanda Washington DC.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS kekalkan Malaysia dalam senarai pantauan manipulasi mata wang
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan Malaysia dalam senarai pantauan manipulasi mata wang, bersama-sama Singapura, Vietnam dan empat negara lain.
Sukan Olimpik: Siapa boleh tewaskan Snoop Dog dalam 200m?
Penyanyi rap Amerika Syarikat, Snoop Dog mencuri tumpuan apabila menyertai acara sokongan dalam Kejohanan Ujian Olimpik Amerika Syarikat.
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.