KUALA LUMPUR: Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa rakyat Malaysia membuat pembelian secara terus di premis makanan sama ada untuk makan atau bungkus bagi membantu pengusaha keluar daripada 'lingkaran pemangsaan' penyedia aplikasi platform penghantaran.
Gesaan SAMENTA itu dibuat oleh Presidennya, Datuk William Ng di tengah kemuncak keluhan pengusaha makanan yang mungkin dipaksa membayar komisen lebih tinggi berikutan semakan semula kadar bayaran oleh platform penghantaran makanan dan barangan kepada pemandu mereka.
Kata William, para pengusaha restoran dan premis makanan sangat mengharapkan rakyat Malaysia kembali kepada era sebelum kewujudan aplikasi penghantaran kerana dengan cara itu dapat membantu mereka mengurangkan kos jualan sekali gus menawarkan harga yang lebih rendah kepada pengguna.
Sedangkan dakwanya, di aplikasi penghantaran makanan, harga jualan terpaksa dinaikkan antara 30 hingga 100 peratus bagi menampung pembayaran komisen.
"Pada masa ini, peniaga dikenakan komisen sehingga 32 peratus bagi setiap pesanan. Apabila kos 'promosi' dan 'yuran pemasaran' diambil kira; komisen ini boleh mencapai sehingga 60 peratus daripada setiap jualan.
"Oleh itu, seorang peniaga mungkin hanya menerima RM1.20 untuk sebungkus nasi lemak yang berharga RM3. Oleh kerana industri platform penghantaran ini mirip monopoli, peniaga dan pengguna mempunyai pilihan yang terhad dan terpaksa membayar apa saja yang diminta oleh pemilik platform.
"Ini adalah sebab mengapa kebanyakan peniaga terpaksa menaikkan harga jualan makanan dan barangan di antara 30 hingga 100 peratus di platform-platform ini untuk menampung komisen yang dibayar kepada platform demi mendapatkan sedikit keuntungan dari setiap pesanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, William turut membangkitkan kemungkinan kewujudan monopoli dalam industri penghantaran makanan andai benar laporan mengatakan terdapat usaha mengambil alih sebuah syarikat aplikasi penghantaran, juga oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan sama.
Dakwa beliau, situasi platform penghantaran ketika ini adalah duopoli dan jika pengambilalihan itu benar berlaku, ia mungkin akan menjadi monopoli yang kuat hinggakan berpotensi merugikan pengguna dan peniaga.
"Untuk memutuskan lingkaran pemangsaan ini, rakyat Malaysia diseru menyokong peniaga dan restoran tempatan dengan kembali menjamah makanan di tempat pembelian.
"Selain itu, pembelian secara terus dapat menjamin layanan khidmat pelanggan yang lebih baik jika produk dibeli sudah rosak, di samping menyokong ekonomi domestik dan nilai matawang ringgit," dakwa William.- DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 18 2024

Makan atau bungkus secara fizikal di premis makanan bantu pengusaha keluar daripada pergantungan kepada syarikat aplikasi penghantaran yang didakwa mengenakan komisen tinggi. - Foto DagangNews

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Resah komisen syarikat penghantaran tinggi, rakyat dirayu kembali beli makanan di kedai
Pengusaha makanan mengeluh mungkin dipaksa membayar komisen lebih tinggi berikutan semakan semula kadar bayaran pemandu penghantaran.