KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual kira-kira 2,000 unit Proton X70 2022, didorong oleh permintaan yang memberangsangkan untuk varian tersebut.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah berkata bagi kapasiti pengeluaran berikutan isu bekalan cip, pembuat kereta nasional itu bercadang untuk menghasilkan sekitar 3,000 unit sebulan.
"Sekiranya terdapat permintaan yang lebih tinggi, kami akan dapat memenuhi tempahan. Untuk model ini, kami menjangkakan tempoh menunggu kira-kira dua bulan," katanya pada taklimat media maya sempena pelancaran model baharu itu hari ini.
Model X70 2022 berharga dari RM93,900 hingga RM121,800 bagi Semenanjung Malaysia dan RM95,900 hingga RM123,800 bagi Sabah dan Sarawak.
Roslan berkata syarikat itu juga mengalami peningkatan dalam rantaian bekalannya, ketika negara menuju ke arah fasa endemik COVID-19 dan situasi ekonomi yang secara keseluruhannya stabil di China.
"Sejak awal Mei, kami telah memerhatikan bahawa rantaian bekalan semakin baik dan kami memantaunya setiap hari.
"Bagi pengeluaran, menerusi enjin pemasangan tempatan, kami mahu memastikan bekalan yang konsisten kepada pengeluaran kami untuk memenuhi tempahan," katanya.
Berkenaan alat ganti pula, berikutan rantaian bekalan yang lebih baik dan aktiviti ekonomi kembali normal, Roslan berkata Proton telah meningkatkan stok alat ganti dan memastikan pengedar juga mempunyai stok yang mencukupi untuk semua model Proton.
"Kami akan meminimumkan tempoh menunggu yang panjang yang telah kami alami dalam tempoh dua tahun yang lalu," katanya.
Sementara itu, Roslan berkata Proton akan mengelak daripada menaikkan harga kenderaannya kecuali untuk X70 baharu dan Saga yang baharu dilancarkan di tengah-tengah peningkatan kos pengeluaran.
Beliau berkata pembuat kereta itu akan cuba menampung kenaikan kos pengeluaran seberapa banyak yang mungkin.
"Selama dua tahun terakhir, disebabkan oleh pandemik ini, kami telah menanggung sejumlah besar kenaikan harga komponen.
"Sekiranya kami tidak dapat menyerap kenaikan kos, maka kami perlu salurkan atau berkongsi sebahagian daripadanya kepada pelanggan kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
![Proton sasar jual 2,000 unit varian baharu X70 sebulan Proton sasar jual 2,000 unit varian baharu X70 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654764565_TBX.jpg)
Model X70 2022 berharga dari RM93,900 hingga RM121,800 bagi Semenanjung Malaysia dan RM95,900 hingga RM123,800 bagi Sabah dan Sarawak. - Foto Proton
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723715909_TBEONBHD.jpg)
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
![Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648988978_kilang.jpg)
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
![Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659536852_protonX.jpg)
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
![Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722652339_tbProtoneMAS.jpg)
Proton e.MAS 7 nama rasmi kenderaan elektrik pertama Malaysia
Syarikat automotif nasional itu menjelaskan Proton e.MAS 7 menandakan permulaan babak baharu dalam sejarah automotif negara.
![Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721986531_TBproton.jpg)
Proton lancar fasiliti tambahan baharu bernilai RM253 juta di Tanjong Malim
Pengeluar kereta nasional Proton baru-baru ini melancarkan projek penambahan fasiliti 'stamping' bernilai RM253 juta di Tanjong Malim, yang dikenali sebagai stamping E dan F.
![Proton tingkat pengeluaran, cepatkan penghantaran model X50 2024 Proton tingkat pengeluaran, cepatkan penghantaran model X50 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721374564_TBXjpg.jpg)
Proton tingkat pengeluaran, cepatkan penghantaran model X50 2024
Proton Holdings Bhd sedang meningkatkanpengeluaran Proton X50 2024 bagi memenuhi permintaan terhadap model itu yang menggalakkan.
![Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707108299_TBProtonjpg.jpg)
Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif.
![Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715687685_automotif.jpg)
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
![Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706821714_ProtonHoldings.jpg)
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
![Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712208275_TBRoslan.jpg)
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).