KUALA LUMPUR: Industri runcit Malaysia diunjur menyaksikan pemulihan lebih kukuh tahun ini ketika negara memasuki fasa peralihan ke endemik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata, prospek lebih cerah itu turut disokong oleh langkah pembukaan semula sempadan darat dan udara Malaysia selepas dua tahun tanpa sebarang keperluan kuarantin untuk pengembara yang telah lengkap vaksinasi masing-masing.
"Sejajar dengan pembukaan semula sempadan dan pemulihan lebih banyak sektor ekonomi secara beransur-ansur, Kementerian Pengangkutan akan terus memastikan kelancaran operasi pelabuhan, industri logistik serta perkhidmatan pengangkutan berkaitan yang berperanan penting dalam menentukan rantaian bekalan berterusan tanpa sebarang gangguan.
"Malah, sejak dua tahun lepas, kementerian ini telah memastikan bahawa rantaian logistik dan bekalan kita tidak terhalang biarpun dalam persekitaran impak akibat pandemik," katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-30 Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) di sini, hari ini.
Wee berkata, Laporan Industri Runcit Malaysia yang dikeluarkan pada Mac 2022 menunjukkan industri tersebut telah mencatat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 26.5 peratus bagi suku keempat 2021 yang mengatasi unjuran pasaran 18.3 peratus pada November 2021 selepas pelaksanaan langkah melonggarkan sekatan pergerakan pada Oktober 2021.
Menurutnya, perkembangan itu didorong terutamanya oleh sambutan dua perayaan iaitu Krismas dan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada awal Februari lepas.
Dalam pada itu, kira-kira 800 tetamu mewakili pelbagai sektor termasuk runcit, pengurusan pusat beli-belah, pemaju hartanah, institusi kewangan dan sektor lain yang berkaitan, menghadiri majlis tersebut.
Setakat ini, MRCA mempunyai lebih daripada 500 peneraju pengendali rantaian runcit, perniagaan francais dan perniagaan berkaitan lain yang mewakili lebih 30,000 premis di serata negara.
Kesemua ahli terbabit menyediakan lebih daripada 300,000 peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022

Industri runcit Malaysia diunjur menyaksikan pemulihan lebih kukuh tahun ini ketika negara memasuki fasa peralihan ke endemik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.

Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.

Pelantikan sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina tidak jejas kedudukan Ka Siong - Zahid
Ahmad Zahid berkata pelantikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina di Malaysia tidak menjejaskan kedudukan beliau.

Ka Siong persoal cara hendak kenal pasti T15
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, usaha ini akan merumitkan ramai pihak termasuk pengendali, pekerja serta pengguna di stesen minyak.

MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.

Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.