ISKANDAR PUTERI: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, di sini dijangka beroperasi di bangunan baharu pada 23 Jun ini.
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata fasa pertama kemasukan akan melibatkan lebih 200 murid dengan sesi pembelajaran dijalankan di 11 kelas serta pelbagai kemudahan lain.
Beliau berkata SJKC Poay Chai dipindahkan ke lokasi baharu atas beberapa faktor antaranya disebabkan masalah kekurangan murid di lokasi sedia ada.
"Lebih 200 murid yang akan memulakan sesi persekolahan di bangunan baharu ini terdiri daripada murid dari 11 SJKC berdekatan Taman Bukit Indah," katanya pada sidang media selepas melawat sekolah berkenaan bersama Ketua Wanita MCA Wong You Fong di sini hari ini.
Wee berkata pembinaan sekolah baharu itu dapat menampung kemasukan murid di kawasan berdekatan dan jumlah kemasukan dijangka meningkat hingga 1,000 orang pada masa akan datang.
Menurut Wee MCA merupakan antara pihak yang berusaha memohon pembinaan sekolah terbabit yang diperlukan masyarakat Cina di kawasan itu memandangkan terdapat ibu bapa yang perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah lebih jauh.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan negeri serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek pembinaan itu.
Sementara itu, Wong berkata kos bagi fasa pertama pembinaan sekolah itu mencecah RM15 juta, manakala fasa kedua dijangka siap lapan hingga 10 bulan dengan kos RM4 juta daripada KPM.
KPM pada 2017 mengumumkan meluluskan permohonan pemindahan lokasi enam SJKC iaitu SJKC Poay Chai, Singkir, Kedah yang dipindahkan ke Taman Bukit Indah, Johor dan SJKC Poi Min, Gopeng, Perak ke SJKC Poi Min, Puchong Selangor.
Turut dipindahkan ialah SJKC Aik Hua Taiping, Perak ke SJKC Aik Hua, Kota Seriemas Negeri Sembilan dan SJKC Ladang Regent Gemencheh, Negeri Sembilan ke SJKC Ladang Regent, Bandar Elmina Selangor dengan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) akan mengemukakan nama baharu bagi menggambarkan lokaliti sebenar selepas sekolah dipindahkan ke tapak baharu.
Pemindahan itu disebabkan beberapa faktor termasuk sekolah mempunyai enrolmen yang semakin berkurangan disebabkan migrasi penduduk, sekolah tidak selamat diduduki, pengambilan tanah oleh pemilik serta sekolah yang padat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Wee mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C) Poay Chai yang baharu siap dibina di Taman Bukit Indah hari ini. - Foto Bernama
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun
SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, dijangka beroperasi pada 23 Jun ini.