KUALA LUMPUR: DBS Research menyemak turun unjuran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam julat antara RM4.20 hingga RM4.40 berikutan prospek ekonomi yang dijangka lemah pada suku akan datang.
Menurut firma itu, sejak 2015, ringgit secara teknikalnya akan menyusut sehingga RM4.40 setiap kali ia melepasi paras RM4.20.
Ketika ditutup petang ini, ringgit berada pada paras RM4.2380/2410 berbanding dolar AS, lebih rendah daripada penutupan semalam pada RM4.2350/2390.
Menjelaskan mengenai kelemahan itu, DBS Research berpendapat wujudnya faktor dari segi asas ekonomi mengapa ia berlaku.
Faktor pertama, mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang dijangka perlahan pada separuh kedua ini berbanding 7.1% pada separuh pertama disebabkan tercetusnya gelombang ketiga jangkitan COVID-19.
Malah, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah menyemak turun unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 kepada 3 hingga 4% berbanding sebelum itu, 6 hingga 7.5%.
"Keduanya, kerajaan merancang untuk melebarkan defisit fiskal kepada 6.5 hingga 7% daripada KDNK berbanding anggaran awal, 6%.
"Sudah tentu had hutang statutori akan dinaikkan daripada 60% kepada KDNK.
"Pelabur juga akan berwaspada terhadap penurunan penarafan kredit pada masa hadapan disebabkan pergolakan politik," katanya dalam laporan analisisnya hari ini.
Pada Disember lalu, Fitch memutuskan penarafan hutang mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada BBB+.
S&P pada Jun pula, mengesahkan penarafan penerbit jangka panjang mata wang asing dan mata wang tempatan masing-masing pada A- dan A, dengan tinjauan negatif.
Bagaimanapun, di sebalik unjuran terhadap kelemahan ringgit, DBS Research menjangkakan dasar-dasar ekonomi akan kekal akomodatif meskipun di sebalik persekitaran yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19 dan situasi semasa politik.
"Tetapi pada pandangan kami, dasar kewangan, monetari dan fiskal secara berterusan dijangka menyediakan sokongan kepada aktiviti ekonomi.
"Kerajaan juga dilihat bergantung kepada langkah bukan fiskal bagi membantu isi rumah perniagaan. Ini dilaksanakan pada ketika ruang fiskal adalah terhad manakala dasar monetari memainkan peranan sebagai pelengkap," jelasnya.
Setakat ini, kerajaan telah mengumumkan 8 pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion, merangkumi 37% daripada KDNK sejak bermulanya pandemik ini tahun lalu.
Lebih daripada 80% langkah yang diambil bagaimanapun adalah bukan fiskal, antaranya pemberian moratorium dan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
DBS Research juga menjangkakan BNM akan mengekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75% sepanjang tahun ini.
"Walaupun terdapat ruang untuk mengurangkan lagi kadar ini, tetapi bank pusat menyatakan dasar fiskal dan kewangan akan terus menyokong ekonomi," katanya.
Di sebalik prospek ekonomi yang dilihat tidak menentu menurut firma itu, ia melihat kadar vaksinasi yang lebih baik beserta permintaan luaran dan dasar ekonomi yang kukuh akan menyokong pertumbuhan apabila memasuki 2022.
"Dengan kadar vaksinasi semakin meningkat, Malaysia kini bersiap sedia untuk membuka semula ekonomi menjelang hujung tahun ini.
"Tetapi, pergolakan politik yang menyaksikan peralihan kepimpinan negara, perlu diteliti sama ada ia memberi kesan dari segi pembaharuan atau hala tuju dasar," tambahnya.
Secara keseluruhan, DBS Research mengekalkan unjuran KDNK tahun ini pada 4% manakala 5% pada 2022.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Aug 17 2021
![Prospek ekonomi kurang memberangsangkan, ringgit diunjur susut hingga RM4.40 - DBS Research Prospek ekonomi kurang memberangsangkan, ringgit diunjur susut hingga RM4.40 - DBS Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626243436_RinggitMalaysia.jpg)
Menurut firma itu, sejak 2015, ringgit secara teknikalnya akan menyusut sehingga RM4.40 setiap kali ia melepasi paras RM4.20. -Gambar hiasan
AWANI 7:45 [17/07/2024] - Jangan lebarkan kaya dan miskin | Suspek belum digantung tugas | Baki kontrak setahun | Risiko tiada wang persaraan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
![Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721226300_TBBUNUHRTEMAJA.jpg)
Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.
![MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721224913_DonDaniyalDonBiya.jpg)
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
![Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
![Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
![28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori 28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721223722_stomachache.jpg)
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori
Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari.
![JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707816618_TBDATUKNORHISHAM.jpg)
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Pengguna Malaysia kekal yakin dengan prospek ekonomi - Kaji selidik UOB Pengguna Malaysia kekal yakin dengan prospek ekonomi - Kaji selidik UOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691400463_kualalumpur.jpg)
Pengguna Malaysia kekal yakin dengan prospek ekonomi - Kaji selidik UOB
Dua daripada tiga responden kaji selidik menjangkakan kedudukan kewangan mereka akan bertambah baik menjelang Jun tahun depan.
![Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701185135_TanSriAbangJohari.jpg)
Sarawak mahu jadi rantaian bekalan global ekonomi Islam
Sarawak berhasrat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.
![Firma Jerman jangka tahun 2024 mencabar untuk Malaysia Firma Jerman jangka tahun 2024 mencabar untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71548998727_KUALALUMPUR.jpg)
Firma Jerman jangka tahun 2024 mencabar untuk Malaysia
Antara faktor yang mempengaruhi adalah ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah tinggi.
![2023 uji kecekalan kepimpinan Indonesia dalam ASEAN 2023 uji kecekalan kepimpinan Indonesia dalam ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/81571577018_jokowi.jpg)
2023 uji kecekalan kepimpinan Indonesia dalam ASEAN
Selepas berjaya menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G20 pada November tahun lalu, pemerhati geopolitik yakin dengan kepimpinan Indonesia di ASEAN.
![Prospek ekonomi kurang memberangsangkan, ringgit diunjur susut hingga RM4.40 - DBS Research Prospek ekonomi kurang memberangsangkan, ringgit diunjur susut hingga RM4.40 - DBS Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626243436_RinggitMalaysia.jpg)
Prospek ekonomi kurang memberangsangkan, ringgit diunjur susut hingga RM4.40 - DBS Research
Menurut firma itu, sejak 2015, ringgit secara teknikalnya akan menyusut sehingga RM4.40 setiap kali ia melepasi paras RM4.20.