KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan geopolitik global dan prospek ekonomi yang suram ditambah dengan cabaran serantau yang merangkumi krisis Myanmar dan isu Laut China Selatan yang kompleks membuatkan semua mata tertumpu kepada Indonesia yang menggalas jawatan pengerusi ASEAN 2023.
Harapan tinggi diletakkan terhadap Indonesia selaku pengerusi ASEAN terutamanya dengan pencapaian kepimpinan Presiden Joko Widodo, yang dilihat berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Selepas berjaya menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak G20 pada November tahun lalu, pemerhati geopolitik yakin dengan kepimpinan Indonesia di ASEAN, terutamanya dalam menggerakkan badan serantau 10 negara itu untuk mendepani pelbagai cabaran getir yang muncul akibat pandemik COVID-19.
Meskipun dihambat cabaran, prestasi ekonomi ASEAN menunjukkan kecemerlangan. Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah AS$3.3 trilion pada 2021 atau 3.5 peratus daripada KDNK global dan pertumbuhan 2023 diramalkan sebanyak 5.2 peratus.
Bertemakan "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth", pertumbuhan ekonomi ASEAN menjadi keutamaan di bawah kepimpinan Indonesia. Bagaimanapun, kestabilan geopolitik di rantau ini tetap dianggap mempunyai peranan penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi rantau ini.
"Indonesia bersemangat untuk memainkan peranannya dalam saat yang mencabar ini. Indonesia boleh memberikan sumbangan dalam beberapa bidang yang menjadi kebimbangan," kata pengarah di Pusat Serantau ASEAN Universiti Malaya (CARUM) Dr Rahul Mishra kepada Bernama.
Selaku Pengerusi ASEAN, banyak yang boleh dilakukan oleh Indonesia daripada mengukuhkan pendekatan ASEAN yang lebih terkoordinasi di Indo-Pasifik, bekerja lebih keras berkaitan Kod Tatalaku mengenai Laut China Selatan sehinggalah kepada usaha mencari penyelesaian bagi krisis Myanmar,
"Saya menjangkakan Indonesia akan memainkan peranan utama dalam menyuntik tujuan dan hala tuju yang lebih mantap untuk ASEAN. Semua isu yang diperkatakan bersama-sama dengan isu perdagangan serantau dan antara wilayah harus diselesaikan...
"Bagaimanapun, tiada satu pun daripada isu ini akan mudah untuk ditangani dan itulah cabaran yang perlu diharungi Indonesia," katanya.
Penganalisis dan penyokong hak asasi manusia itu juga berharap di bawah kepimpinan Indonesia, akan ada sedikit sinar untuk penyelesaian krisis Myanmar.
Mishra berkata berdasarkan maklum balas daripada kepimpinan Indonesia sejak permulaan krisis, jelas dilihat Indonesia akan berusaha untuk mendapatkan penglibatan yang lebih baik dengan Myanmar.
Indonesia lantang bersuara mengenai junta Myanmar sejak rampasan kuasa pada 1 Feb 2021, dengan Widodo mencadangkan agar junta Myanmar diharamkan daripada semua mesyuarat ASEAN semasa mesyuarat ASEAN November lalu.
Dan baru-baru ini, Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata pejabat utusan khas ASEAN di Myanmar akan ditubuhkan di negara pemerintahan junta itu untuk menangani krisis berkenaan.
Penganalisis itu menambah biarpun pendekatan dan dasar Indonesia terhadap Myanmar sentiasa tegas dan jelas, namun ia bergantung kepada bagaimana tindak balas junta Myanmar terhadap tindakan yang diambil Pengerusi ASEAN.
Indonesia bersama Malaysia, Singapura dan Brunei konsisten dan bertegas mendesak Myanmar melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC) yang dipersetujui badan serantau itu pada April 2021 untuk menyelesaikan krisis politik dan kemanusiaan yang tercetus selepas pemerintahan Aung San Suu Kyi digulingkan.
Perkara itu sekali lagi ditegaskan oleh Widodo dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat sulung mereka di Jakarta pada 9 Januari.
Sehingga kini, bukan sahaja junta telah mengetepikan 5PC tetapi terus mengunakan kekerasan terhadap orang awam yang membantan junta Myanmar yang telah mengorbankan lebih 2,500 orang.
Turut berkongsi pandangan yang sama dengan Misra, Ketua Unit Pengantarabangsaan, Fakulti Sains Sosial dan Politik di Universitas Padjadjaran, Indonesia Anggia Utami Dewi berkata cabaran utama setiap pengerusi ASEAN dalam menangani situasi Myanmar ialah keengganan pentadbiran junta untuk melaksanakan 5PC dan Indonesia mungkin akan mengalami nasib yang sama.
"Indonesia telah menyatakan bahawa selaku Pengerusi ASEAN ia akan bekerja lebih kuat untuk membantu keadaan di Myanmar termasuk menubuhkan Pejabat Utusan Khas untuk menyelaraskan pelaksanaan strategik 5PC.
"Dengan rancangan untuk menubuhkan Pejabat Utusan Khas maka penting bagi Indonesia untuk memilih siapa yang paling layak untuk menjadi wakil utusan khas itu," katanya.
Beliau mencadangkan Kementerian Luar Indonesia mempertimbangkan untuk melantik tokoh yang dihormati yang mempunyai pengalaman dalam penyelesaian konflik selain pelantikan diplomat kanan dan menteri.
"Ia juga akan menjadi detik mencabar bagi Indonesia untuk mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan 5PC di samping perlu mengimbangi antara mengekalkan prinsip asas ASEAN dan mematuhi dasar luarnya yang bebas dan aktif," katanya kepada Bernama.
Anggia berkata merungkai isu Myanmar menuntut komitmen yang tinggi daripada setiap negara.
"Komitmen Indonesia dalam hal ini perlu disokong dengan komitmen mutlak dan tindakan padu daripada pihak berkepentingan yang lain," katanya.
Anggia berkata selaku Pengerusi, cabaran utama yang akan dihadapi Indonesia sebenarnya adalah untuk menangani isu dalaman ASEAN yang mungkin menghalang objektif yang telah ditetapkan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan.
Beliau berkata ini termasuk kaedah bagi memastikan pengukuhan pemusatan ASEAN dengan isu politik dan keselamatan Myanmar serta banyak jenayah rentas sempadan dan bagaimana untuk menyatukan negara anggota ASEAN agar berpendirian lebih kukuh dan bersatu dalam menangani isu yang menjejaskan rantau ini.
"Indonesia telah mengakui bahawa 2023 akan menjadi tahun yang lebih mencabar bagi negara dan juga dunia. Di sebalik cabaran global, negara ini tetap positif serta yakin untuk menghadapi cabaran tersebut dan menjadikan kerjasama sebagai tonggak utama," katanya.
ASEAN dibentuk pada 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, dan seterusnya disertai Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos (1997), Myanmar (1997) dan Kemboja (1999).
Indonesia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 2011, 2003, 1996 dan 1976.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Harapan tinggi diletakkan terhadap Indonesia selaku pengerusi ASEAN terutamanya dengan pencapaian kepimpinan Presiden Joko Widodo, yang dilihat berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. - Gambar fail
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
#AWANIRingkas 16 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 November 2024
1️⃣ Penularan klip video untuk lemahkan pentadbiran Sabah
2️⃣ Kerajaan sasar satu negeri, satu geopark
3️⃣ Bedah siasat mayat wanita dibunuh anak ambil masa seminggu
#awaniringkas
1️⃣ Penularan klip video untuk lemahkan pentadbiran Sabah
2️⃣ Kerajaan sasar satu negeri, satu geopark
3️⃣ Bedah siasat mayat wanita dibunuh anak ambil masa seminggu
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Penularan klip video untuk lemahkan pentadbiran Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banduan tahanan rumah akan dipakaikan peranti pengesan apabila akta direalisasikan - Saifuddin
Banduan yang menjalani tahanan rumah akan dipakaikan dengan alat peranti pengesan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) akta baharu tahanan rumah yang dicadangkan diluluskan Parlimen.
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
3,500 akaun pengguna terjejas gangguan bekalan air berjadual - PBAPP
PBAPP dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.
Pelepasan tiga pemain JDT disebabkan perancangan perjalanan
"Kami berterima kasih kepada Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan dan FAM kerana menyokong perjuangan kami dalam ACL Elite."
Piala Skuasy Malaysia: Sivasangari, Eain Yow mara ke final
Sivasangari melangkah ke final dengan kemenangan bergaya 11-3, 11-8, 11-6 ke atas pemain Scotland Georgia Adderley dalam masa 31 minit.
Penuhi kehendak pasaran, manfaat kelebihan teknologi
Felo Penyelidik Pusat Komunikasi Wayarles, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Leow Chee Yen berkata, berdasarkan rekod prestasi, U Mobile diharap dapat melaksanakan rangkaian 5G kedua dengan kecekapan yang tinggi selain mampu menunjukkan kelebihan rangkaian 5G sebenar.
MARA sasar peningkatan jualan usahawan 20 hingga 30 peratus
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) kini mengorak langkah ke peringkat global apabila julung kalinya akan dilaksanakan di Pusat Dagangan Dunia, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 18 hingga 20 November 2024.
Kejohanan Dunia IESF: Malaysia humban cabaran Indonesia untuk ke Grand Final bertemu Filipina
Wakil negara akan berdepan pasukan dari Filipina dalam pusingan akhir.
Gunung Ibu di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan kedua tertinggi
Letusan berlaku pada 2.22 petang waktu tempatan, memuntahkan kepulan abu ke arah barat kawah.
Dua wanita Britain dipenjara terlibat dalam rangkaian penyeksaan monyet global
Dua wanita Britaindijatuhi hukuman penjara di United Kingdom atas penglibatan mereka dalam rangkaian penyeksaan monyet global.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Indonesia lepaskan 2 kapal korek termasuk dari Malaysia
Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah melepaskan dua kapal korek, termasuk satu milik Malaysia selepas siasatan mendapati tiada bukti aktiviti haram.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Tiga suspek pengganas ditahan di Jawa Tengah - Polis Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan bahawa unit antikeganasan Polis Nasional, Detasemen Khusus 88 (Densus 88), telah menahan tiga suspek pengganas di lokasi berbeza di Jawa Tengah pada Isnin.
Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuhkan Badan Peguam Negara ASEAN
Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN di bawah Sekretariat ASEAN.
TMB100 2024: Baling cemerlang sebagai destinasi ekopelancongan antarabangsa
Acara The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2024 melabuhkan tirainya dengan gemilang, sekali lagi mengukuhkan Baling sebagai destinasi ekopelancongan unggul di Malaysia.