SHAH ALAM: Syarikat konsesi lebuh raya, Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) tampil sebagai rakan strategik korporat pertama menyokong kempen Rasuah Busters.
Ketua Jabatan Integriti Prolintas, Dr Rozaidi Razali berkata, kerjasama itu bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang menolak rasuah.
“Salah satu strategi kita menjayakan kempen ini adalah dengan mempamerkan mesej antirasuah pada papan maklumat elektronik (VMS) di lebuh raya di bawah Prolintas.
“Kita mempunyai 18 unit VMS seperti di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Kajang Silk,” katanya selepas menghadiri mesyuarat kolaboratif Rasuah Busters di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.
Mesyuarat itu berlangsung antara Prolintas bersama Pasukan Rasuah Busters yang diwakili Ketuanya merangkap Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Rozaidi berkata, Rasuah Busters adalah kempen yang sangat bagus kerana pihak media tampil memainkan peranan proaktif mempromosikan gerakan menolak rasuah dalam masyarakat.
Menurutnya, peranan membanteras rasuah tidak boleh diletakkan pada bahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja kerana untuk memastikan rasuah benar-benar dapat ditangani, ia memerlukan penglibatan semua pihak termasuk komuniti, pihak swasta dan media.
Katanya, penglibatan dalam perjuangan Rasuah Busters itu juga seiring dengan usaha Prolintas yang memberi tumpuan memerangi gejala rasuah dengan tertubuhnya Unit Tadbir Urus dan Integriti (IGU) pada tahun 2017.
“Dari situlah ia berkembang menjadi Jabatan Integriti dan sehingga kini kita telah jayakan banyak inisiatif.
“Baru-baru ini, kita mengadakan kempen dengan mengedarkan 100,000 pelekat antirasuah kepada pengguna lebuh raya dan ia mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records,” katanya.
Beliau memberitahu, usaha tersebut membuatkan Prolintas muncul sebagai syarikat pengendali lebuh raya pertama mendapat pensijilan antarabangsa ISO 37001:2016 bagi sistem pengurusan antirasuah (ABMS) daripada badan penilaian yang diakreditasi Jabatan Standard Malaysia, SIRIM QAS dan United Kingdom Accreditation Service.
“Saya difahamkan kurang daripada 100 syarikat sahaja yang memiliki ABMS ketika ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, sejak kempen Rasuah Busters dimulakan sebulan yang lalu, ia mendapat sokongan hebat daripada pelbagai pihak.
“Kita bersama Prolintas sebagai syarikat korporat pertama menyokong dan melakukan dalam kapasiti yang mereka ada.
“Kita gelombangkan gerakan Rasuah Busters ini daripada semua peringkat.
“Itu istimewanya gerakan ini kerana ia bukan digerakkan oleh satu badan secara formal sebaliknya satu gerakan rakyat yang mahukan generasi lebih baik.
“Sasaran kita sebenarnya pada ekosistem. Pihak yang berminat boleh melayari portal Rasuah Busters,” katanya.
Sinar Harian
Thu Mar 11 2021

Prolintas yang diwakili Rozaidi (tiga dari kiri) dan Hussamuddin (dua dari kiri) memegang plakad kempen Rasuah Busters selepas selesai mesyuarat kolaboratif kempen itu di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu. - Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.

'Apa yang kamu buat, jumlah rasuah makin tinggi' - Hakim
Wan Kamarulbahri, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, menggunakan dokumen palsu bagi pelantikan subkontraktor isterinya, tiga tahun lalu.

Gagasan #MalaysiaTanpaRasuah melalui kuasa Undi18
Rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia.

PRN Johor: Ahli politik diminta ambil ujian personaliti
Ujian RBTag bukanlah untuk mencari salah individu tersebut sebaliknya demi kebaikan bakal calon sendiri.

"Akta Dana Politik, Akta Anti Lompat Parti mungkin tidak ke mana-mana" - Akhbar Satar
Akhbar mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, kedua-dua akta berkenaan hanya akan 'menjerat tengkuk' ahli politik yang berkuasa.

Rasuah Busters: Biarpun akta belum dibentangkan, rakyat perlu terus dididik benci rasuah
Gejala rasuah mempunyai hubungkait dengan tindakan ahli politik yang melompat parti, sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.

400 NGO tuntut bebaskan politik negara daripada rasuah
Gabungan gergasi itu akan bersama-sama membentangkan beberapa tuntutan penting untuk diambil kira oleh kepimpinan negara.

Rakyat kena jadi penyibuk, lapor kes rasuah - SPRM
Rakyat perlu menjadi 'penyibuk' dalam melaporkan segala kegiatan rasuah yang telah dikenal pasti kepada penguat kuasa bagi tindakan lanjut.

Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS
Duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggung jawab atas setiap salah laku mereka.

Putuskan rantaian rasuah dari 'bilis' sehingga ke 'jerung'
Rasuah perlu diatasi dengan memutuskan rantaian di peringkat kecil atau 'ikan bilis' sehingga ke peringkat atasan atau 'jerung'.