Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Program Transformasi Negara (NTP) yang dilaksanakan selama ini mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merapatkan jurang menuju sasaran pendapatan tinggi daripada 33 peratus kepada 18 peratus antara tahun 2010 hingga 2016.
Perdana Menteri berkata NTP telah memainkan peranan besar dalam membawa negara keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan seperti yang dialami pada tahun 2009.
"Pada akhir tahun 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita telah meningkat kepada US$10,010 berbanding sasaran pendapatan tinggi yang dianggarkan pada US$12,272 tahun lepas menurut anggaran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) ," katanya dalam perutusan Laporan Tahunan 2016 Program Transformasi Negara (NTP) yang dikeluarkan hari ini.
Anggaran PEMANDU itu adalah berdasarkan pengiraan PNK perkapita Bank Dunia menggunakan kaedah Atlas dengan menggunakan maklumat awam yang tersedia mana masa ini.
Najib berkata NTP juga turut membantu mewujudkan lebih 2.26 juta pekerjaan dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini.
Mengenai pencapaian lain yang diraih negara, Najib berkata pembangunan sebuah sistem pengangkutan bertaraf dunia pastinya antara janji terbesar yang telah dikotakan semasa NTP dilancarkan pada 2010.
"Pada Disember 2016 kita sama-sama menyaksikan impian saya terhadap sistem pengangkutan awam yang cekap, dipercayai dan selamat untuk rakyat, semakin hampir menjadi kenyataan dengan pelancaran projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang selain pengembangan kapasiti dan penaiktarafan infrastruktur rangkaian pengangkutan awam sedia ada," katanya.
Sementara itu , Najib berkata usaha untuk mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan telah berjaya mengurangkan sumbangan daripada hasil berkaitan minyak dan gas daripada 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada 14.7 peratus pada tahun 2016.
Menyentuh mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi yang diperkenalkan, Najib berkata, kerajaan telah mengutip sejumlah RM38.5 bilion pada tahun 2016 sekali gus mengimbangi kekurangan hasil kerajaan sebanyak RM30 bilion disebabkan kejatuhan harga minyak hampir 50 peratus.
Defisit fiskal kerajaan yang terus berkurangan kepada 3.1 peratus sekali gus memastikan negara berada di landasan tepat untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020, katanya.
Beliau menjelaskan, ini membolehkan kerajaan memperkenalkan sistem subsidi lebih cekap seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah meringankan beban 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016.
Mengenai pencapaian berkaitan menambah baik kehidupan rakyat terutama di luar bandar, Najib berkata kerajaan telah menyiapkan pembinaan 6,041 km jalan raya di kawasan luar bandar berbanding 750 km jalan raya di luar bandar yang dibina pada tahun pertama program NTP pada 2010.
Perdana Menteri turut berkongsi pencapaian lain termasuk pembinaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Johor yang merupakan hab bertaraf dunia bagi aktiviti minyak dan gas hiliran yang menarik pelaburan besar pihak swasta serta mampu memacu keupayaan minyak dan gas negara untuk bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai di persada global.
Secara keseluruhannya, Najib menarik perhatian bahawa Malaysia telah muncul sebagai model bagi negara-negara lain yang ingin melaksanakan transformasi.
Pencapaian ini, katanya, membuktikan bahawa model transformasi Malaysia merupakan model yang benar-benar berjaya dan menawarkan pengalaman serta iktibar berharga yang boleh dimanfaatkan oleh negara lain secara bersama.
"Selayaknyalah kita berbangga dengan segala pencapaian ini, namun kerja kita sebenarnya masih jauh daripada selesai.
"Kerajaan tidak akan berdiam diri sehingga kita berjaya menjulang matlamat berpendapatan tinggi, kemampanan yang bertambah baik serta keinklusifan yang meluas dalam ekonomi kita," katanya.
Najib berkata perjalanan transformasi negara bukanlah senang namun beliau yakin rakyat akan bersama-sama menyaksikan kejayaan negara menjulang status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan yang setulusnya kepada perkhidmatan awam atas dedikasi yang dicurahkan mereka dalam memacu negara untuk mencapai aspirasi kerajaan.
"Saya yakin bahawa sepanjang tempoh enam tahun lepas, perkhidmatan awam telah membina kapasiti dan menerima guna proses yang diperlukan untuk meneruskan program NTP," katanya.
Sudah tiba masanya bagi perkhidmatan awam untuk mengambil alih tanggungjawab NTP daripada PEMANDU yang sehingga tahap ini telah memantau dan mengurus pencapaian transformasi yang dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2017
![Program Transformasi Negara rapatkan jurang menuju sasaran pendapatan tinggi - PM Program Transformasi Negara rapatkan jurang menuju sasaran pendapatan tinggi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61495041448_NajibTunRazak.jpg)
Perdana Menteri turut berkongsi pencapaian lain termasuk pembinaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Johor yang merupakan hab bertaraf dunia bagi aktiviti minyak dan gas hiliran. - Foto Fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah
- Penjual jagung hina kaum India mohon maaf,
- Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan dera seksual kanak-kanak tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
- Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah
- Penjual jagung hina kaum India mohon maaf,
- Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan dera seksual kanak-kanak tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
![Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739752092_tbPasarRayaMydin.jpg)
Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.45 malam ketika pengunjung sedang membeli-belah di dalam pasar raya berkenaan.
![Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
![Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721038261_Turkey.jpg)
Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.
![Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626266700_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.
![Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620636234_LapanganTerbangAnt.jpg)
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
![Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616363138_MAHKAMAHSPRM.jpg)
Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.
![RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616317612_MuhyiddinYassin.jpg)
RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.
![MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616078824_KLIA.jpg)
MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.
![Gunung tinggi sanggup aku daki.., padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest Gunung tinggi sanggup aku daki.., padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/81526253242_Everest.jpg)
"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.
![Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594195099_DrSimKuiHian.jpg)
Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak
![Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601288966_AustraliaFatalRide.jpg)
Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.
![Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599644347_Rosmahmansorcourt.jpg)
Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.