KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Program Pemecut MYStartup, yang menawarkan geran sehingga RM600,000 kepada 10 daripada 33 syarikat pemula niaga yang terlibat dalam program itu.
Dimulakan oleh MOSTI dan dijayakan oleh agensinya Cradle Fund Sdn Bhd, Program Pemecut MYStartup memberi inspirasi kepada pemula niaga peringkat awal sambil menawarkan bimbingan dalam melaksanakan strategi perniagaan, dan akses kepada pasaran dan pendanaan.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Cradle Fund Norman Matthieu Vanhaecke berkata menjelang hujung tahun ini 10 syarikat pemula niaga akan dipilih bagi menerima geran atau tambahan wang tunai RM1 juta daripada bakal rakan kongsi.
“Program MYStartup telah dilancarkan pada Februari tahun ini dan di bawah program itu, kami mempunyai pelbagai inisiatif pembinaan kapasiti untuk syarikat pemula niaga.
“Bagi yang pertama ialah Program Pra-Pemecut MYStartup, yang kami mulakan bulan lepas, dan ini adalah program kedua kami,” katanya kepada Bernama pada pelancaran Program Pemecut MYStartup kedua, di sini hari ini.
Program MYStartup terdiri daripada beberapa program, antaranya ialah MYHackathon 2022, MYStartup Hackathon, Pra-Pemecut MYStartup, Pemecut MYStartup, MYStartup Internship dan MYStartup Mentorship.
“Tidak lama lagi, kami akan melancarkan program MYHackathon kami untuk tahun ini. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam utama kepada rakyat,” kata Vanhaecke.
Beliau juga menyatakan bahawa Program Pemecut MYStartup adalah sebahagian daripada strategi MYStartup yang lebih besar yang dimulakan oleh MOSTI, yang bertujuan untuk mewujudkan syarikat pemula niaga Malaysia yang berjaya di peringkat global.
Usaha ini juga selari dengan sasaran MOSTI untuk mewujudkan 5,000 syarikat pemula niaga dan menghasilkan lima syarikat berstatus "unicorn" menjelang 2025.
“Program ini menyediakan akses kepada 18 pelabur, yang mereka sendiri adalah pengasas pemula niaga yang berjaya, dan akan terus membimbing peserta sepanjang pengembangan pasaran mereka dan meningkatkan perjalanan,” katanya.
Pemula niaga juga akan ditugaskan kepada mentor daripada kumpulan pemain industri utama antarabangsa dan tempatan yang dipilih khas, pengasas pemula niaga yang berjaya dan pelabur utama yang boleh mereka hubungi.
Bernama
Sat Jun 11 2022

Menjelang hujung tahun ini 10 syarikat pemula niaga akan dipilih bagi menerima geran dan tambahan wang tunai RM1 juta daripada bakal rakan kongsi.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.