Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) melangkah setapak lagi ke depan dalam bidang pertanian apabila membuka pusat pemprosesan tinja kambing di Kampung Pelam Hulu Terengganu.
Pengurus Besarnya Sawalludin Ahmad berkata pusat berkenaan yang mampu memproses dua hingga tiga metrik tan tinja (tahi) kambing sehari, diwujudkan dua tahun lepas dengan perbelanjaan modal kira-kira RM10,000.
"Antara tujuan kita membuka pusat pemprosesan tinja ini ialah untuk mengukuhkan ekonomi selain untuk pasaran baja organik," katanya kepada pemberita.
Menurut Sawalludin selain untuk membajai ladang kelapa sawit milik PPNT seluas hampir 200 hektar di Kampung Pelam serta untuk membaiki kesuburan tanah, PPNT memasarkan 32 metrik tan baja organik itu kepada 21 pertubuhan peladang seluruh Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya tinja kambing itu dikumpul daripada ladang ternakan kambing yang diusahakan oleh PPNT sejak tahun 2011 lepas.
Ladang itu yang menternak 1,000 ekor kambing mampu menghasilkan tinja sebanyak kira-kira 60 metrik tan sebulan, katanya.
Sawalludin berkata untuk jangka panjang, PPNT mungkin menjalin kerjasama dengan PPN Kelantan dan PPK Jeli dalam projek penternakan kambing.
"Mereka boleh bawa tinja kambing kepada kita, dan kita boleh memproses dan seterusnya kita hantar balik kepada mereka tinja yang sudah diproses," katanya.
PPNT berkemungkinan menggunakan baja organik itu untuk ladang mini vitato yang akan dibuka di kawasan seluas 33.5 hektar di Ru Tapai Setiu, katanya.
Beliau berkata untuk itu, PPNT akan meminta Mardi menjalankan kajian sama ada baja organik itu sesuai untuk tanaman ubi vitato itu.
Bernama
Sat May 11 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

NAFAS perlu kekal sebagai pembekal utama baja negara
Faizul berkata, sejak sekian lama PPK membuat tempahan baja daripada NAFAS dan pengagihan berjalan mengikut jadual.

SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Beberapa siri serbuan telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lumpur.

Teknologi satelit, AI bantu petani perkasa pertanian digital
Kerjasama ini akan membantu petani meningkatkan hasil mereka sambil mengurangkan kesan alam sekitar pertanian.

Malaysia-Uzbekistan jalin kerjasama berkaitan beras, hortikultur, baja
Agenda perbincangan juga menjurus kepada prospek akses pasaran baharu produk pertanian.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Lembu ditemui mati diracun di Machang
Penternak menyedari kejadian itu selepas menjumpai biji-biji berwarna putih, dipercayai baja, yang digunakan untuk meracuni ternakannya.

Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.

Harga baja, racun naik, kerajaan berusaha cari penyelesaian terbaik
MAFI berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga baja dan racun.

Kenaikan harga baja dan racun: K'jaan bantu kurangkan beban pesawah, petani - PM
Kementerian Kewangan diarah menyelesaikan perkara itu bagi memastikan harga dikurangkan dan bantuan disediakan bagi mengurangkan beban petani.

MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.