KUALA LUMPUR: Potensi pelaburan bernilai RM23.07 bilion yang diraih dalam misi perdagangan dan pelaburan (TIM) ke Jepun baru-baru ini, membuktikan keyakinan syarikat global terhadap ekosistem perniagaan Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Arham Abdul Rahman berkata pihaknya turut menyambut baik rancangan pelaburan oleh syarikat-syarikat Jepun tersebut seperti NHK Spring, CKD Corporation, Denso Corporation dan Omron di Malaysia.
"Kita berhasrat mewujudkan peluang besar bagi pertumbuhan yang sejajar dengan tumpuan ke atas industri berteknologi tinggi, inovasi dan mampan, termasuk ekosistem kenderaan elektrik.
"Selain itu, kita juga komited dalam memupuk kerjasama lebih erat dan memacu pertumbuhan mampan yang melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Misi ke Tokyo dan Osaka selama lima hari mulai 29 Mei, 2023, telah diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ini membabitkan pertemuan dengan wakil syarikat daripada pelbagai sektor termasuk komponen berkaitan kenderaan elektrik (EV); elektrik dan elektronik; bahagian dan komponen jentera; alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG); logam dan kimia serta produk berasaskannya.
Menurut Mida, syarikat NHK Spring, penggiat utama dalam pengeluaran substrat logam bersepadu, akan mengembangkan lagi kemudahan pengeluarannya di Negeri Sembilan bagi menampung lonjakan permintaan substrat yang penting untuk tujuan elektrifikasi kereta.
"Memandangkan industri EV diunjur terus mencatat perkembangan ketara, rancangan pengembangan NHK Spring situ juga seiring dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan lagi ekosistem padu bagi pembangunan EV.
"Pembinaan kilang dan kemudahan baharu itu dijangka siap menjelang Disember 2023, sekali gus hanya mengesahkan lagi komitmen syarikat itu terhadap Malaysia sejak pembukaan kemudahannya di Senawang, Negeri Sembilan, pada 1994," katanya.
Mida berkata, pengembangan itu hanya mengukuhkan peranan NHK Spring dalam pembuatan papan pendawaian bercetak berasaskan logam serta turut meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.
Dalam pada itu, Omron pula berkongsi pelan pelaburan perniagaan masa depannya dengan menumpukan produk-produk pengeluaran menggunakan tenaga boleh diperbaharui bagi menyumbang kepada masyarakat bebas karbon di Malaysia.
"Komitmen Omron terhadap kelestarian itu bertepatan dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan aspek amalan mesra alam sekitar dan teknologi hijau," katanya.
Japan Petroleum Exploration Company Ltd (Japex) pula bekerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membabitkan peluang penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), termasuk meninjau penyelesaian penyimpanan karbon dioksida bersesuaian di Malaysia.
Menurut Mida, Japex yang juga syarikat cari gali, pengeluaran dan pengangkutan karbon, menyasarkan untuk meneroka penyelesaian CCS yang berpotensi menerusi aktiviti kematangan teknikal serta meneliti kaedah penangkapan dan penyimpanan maksimum.
Kerjasama itu yang diumumkan pada 28 Jan, 2022, turut melibatkan aspek pelepasan, jumlah tangkapan dan kaedan pemantauan karbon dioksida yang disimpan di bawah tanah.
Arham berkata, Mida akan terus aktif mempromosi peluang pelaburan dan menyediakan sokongan komprehensif.
Mida sebelum ini mengumumkan kejayaan Malaysia menarik pelaburan diluluskan merangkumi pelbagai sektor ekonomi berjumlah RM71.4 bilion (AS$16.2 bilion) bagi suku pertama 2023.
Ini turut membabitkan 14 projek pembuatan dan perkhidmatan yang mana penglibatan Jepun itu diluluskan oleh Mida dengan jumlah pelaburan bernilai AS$47.0 juta.
Kesemua projek itu diunjur dapat mewujudkan peluang pekerjaan bagi 653 orang dan meletakkan Jepun sebagai pelabur asing ketujuh terbesar segmen terbabit dalam pelaburan diluluskan pada suku pertama 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Arham berkata pihaknya turut menyambut baik rancangan pelaburan oleh syarikat-syarikat Jepun tersebut seperti NHK Spring, CKD Corporation, Denso Corporation dan Omron di Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Vortex jual 45 peratus pegangan dalam Vortex Solar kepada KWAP
Vortex, antara platform pelaburan tenaga boleh diperbaharui terkemuka di Eropah, telah menjual 45 peratus kepentingan ekuiti dalam Vortex Solar Investments S.a.r.l kepada dana pencen kedua terbesar Ma