Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2015.
Agihan pendapatan ini kekal sama dengan kadar yang diagihkan pada tahun lepas.
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM67.28 juta, atau 31.3 peratus lebih tinggi berbanding RM51.24 juta yang dibayar pada tahun lepas.
"Kadar pengagihan pendapatan ASN 3 ini berpatutan jika dibandingkan dengan instrumen-instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada sidang media semasa mengumumkan agihan itu hari ini.
Beliau berkata prestasi ASN 3 adalah berpatutan memandangkan indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatkan penurunan 8.7 peratus, dalam tempoh tinjauan (November 2014 - November 2015).
Beliau berkata sehingga 20 November 2015, tabung ASN 3 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM60.06 juta, dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM21.22 juta atau 35.3 peratus, manakala keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM18.98 juta atau 31.6 peratus.
Pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan pula menyumbang sebanyak RM19.86 juta atau 33.1 peratus kepada jumlah pendapatan kasar tersebut.
Pengagihan pendapatan ini akan memanfaatkan seramai 37,121 pemegang unit yang melanggan 1.085 bilion unit ASN 3, kata Ahmad Sarji.
Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Disember 2015, berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 30 November 2015.
Sementara itu, bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASN 3 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.
Semua urus niaga bagi ASN 3 di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB ditangguhkan mulai 20 November sehingga 30 November bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.
Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASN mulai 1 Disember 2015.
Menara Warisan
Sementara itu PNB hari ini mengesahkan pelantikan Samsung C&T, sebuah syarikat hartanah dari Korea Selatan, sebagai kontraktor pembinaan Menara Warisan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata nilai bidaan terbabit berjumlah RM3.4 bilion.
"Samsung C&T, dengan rangkaian kerjasama strategik bersama UEM Group Bhd, telah dipilih. Nilai bidaan mereka sebanyak RM3.4 bilion, tidak termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)," katanya.
Laporan sebelum ini menyebut Menara Warisan yang membabitkan pembangunan bangunan pencakar langit setinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur, dengan keluasan lantai 67.39 hektar, bakal menempatkan ruangan pejabat untuk syarikat-syarikat korporat serta hotel.
Bernama
Mon Nov 23 2015
![PNB umum agihan pendapatan ASN 3, kontraktor Menara Warisan PNB umum agihan pendapatan ASN 3, kontraktor Menara Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448256939_AmanahSahamNasiona.jpg)
Ahmad Sarji berkata prestasi ASN 3 adalah berpatutan memandangkan indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI mencatatkan penurunan 8.7 peratus, dalam tempoh tinjauan (Nov 2014 - Nov 2015).
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![ASNB umum agihan pendapatan enam sen untuk ASN 3 ASNB umum agihan pendapatan enam sen untuk ASN 3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41480427035_AmanahSahamNasional.jpg)
ASNB umum agihan pendapatan enam sen untuk ASN 3
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2016.
![PNB umum agihan pendapatan ASN 3, kontraktor Menara Warisan PNB umum agihan pendapatan ASN 3, kontraktor Menara Warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448256939_AmanahSahamNasiona.jpg)
PNB umum agihan pendapatan ASN 3, kontraktor Menara Warisan
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2015.