Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2016.
Dalam satu kenyataan hari ini, PNB berkata, pengagihan pendapatan berkenaan melibatkan pembayaran sebanyak RM70.78 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 38,000 pemegang unit yang mempunyai pegangan lebih 1.17 bilion unit ASN 3.
"Tahun kewangan semasa merupakan tempoh mencabar bagi ASN 3 ekoran KLCI didagangkan dalam arah aliran mendatar daripada 1,672.16 mata pada 30 November 2015 kepada 1,628.66 mata setakat 28 November 2016.
"Selain itu, prestasi pulangan aset juga dipengaruhi tekanan dalam harga komoditi, ketidaktentuan dalam nilai mata wang utama dunia serta kadar faedah yang rendah seiring penurunan KLIBOR tiga bulan sebanyak 37 mata asas kepada 3.40 peratus, kata PNB.
Bagaimanapun, katanya, ASN 3 berupaya mengumumkan pengagihan pendapatan enam sen seunit daripada pendapatan kasar RM84.45 juta setakat 28 November 2016.
Menurut PNB, keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM39.65 juta atau 47 peratus manakala pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang RM26.16 juta atau 31 peratus kepada keseluruhan pendapatan kasar.
Sementara itu, baki RM18.64 juta atau 22 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek serta pendapatan lain, katanya.
PNB berkata, pengiraan pengagihan pendapatan ASN 3 adalah berdasarkan pegangan unit pada 30 November 2016.
"Pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Disember 2016 berdasarkan nilai aset bersih ASN 3 pada 30 November 2016," katanya.
Menurutnya, pemegang unit yang melanggan ASN 3 melalui skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP yang terlibat. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016

PNB berkata, pengagihan pendapatan berkenaan melibatkan pembayaran sebanyak RM70.78 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 38,000 pemegang unit. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Orang ramai diminta waspada dengan tawaran pelaburan palsu guna nama, logo ASNB
Baru-baru ini wujud penyebaran mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nama 'ASNB Group' bertujuan memperdaya orang ramai membuat pelaburan dalam pakej pelaburan palsu.

Pemegang unit ASNB boleh keluarkan pelaburan menerusi portal myASNB
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk dana unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB.

Nisbah hutang isi rumah susut kepada 83 peratus pada 2018
Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susut kepada 83 peratus pada tahun lepas berbanding 84.3 peratus pada 2017.

PNB lancar 2 produk baharu, umum agihan pendapatan
Dana unit amanah itu - ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 - merupakan sebahagian daripada usaha PNB untuk meluaskan portfolio unit amanahnya.

Maybank akan ambil alih AMB dan SUTL untuk RM51 juta
Maybank Asset Management Group Bhd (MAMG) telah memeterai dua perjanjian pembelian saham bersyarat masing-masing dengan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan PNB International Limited, bagi mengambil a

ASNB umum agihan pendapatan enam sen untuk ASN 3
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2016.

Agihan pendapatan AS1Malaysia 6.10 sen seunit - ASNB
Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata agihan pendapatan melibatkan bayaran keseluruhan RM700.63 juta itu akan memberi manfaat kepada lebih 393,000 pemegang dengan langganan 11.49 bilion unit AS1Malaysia.

PNB umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit
Pengagihan pendapatan keempat itu merupakan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit yang diumumkan tahun lepas.