Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia telah melahirkan kebimbangan yang mereka akan kerugian sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan, demikian menurut sekumpulan ahli parlimen Malaysia pada Sabtu.
Pengerusi Ahli Parlimen jawatan kuasa Caucus untuk TPPA, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata berdasarkan kepada maklumat yang dikumpulkan daripada pemegang yang berkepentingan, PKS mungkin berhadapan dengan masa depan yang suram dengan TPPA.
"Apabila syarikat multinasional dari negara maju turut serta atau melabur dalam negara kita, mereka datang dengan wang yang banyak. Jadi, PKS akan ketinggalan," kata beliau kepada pemberita di luar perundingan TPPA pusingan yang ke-18 di sini.
Bagaimanapun, Ahmad berkata Malaysia yakin yang para perunding, mewakili 12 negara termasuk pendatang baharu Jepun, tidak mengetepikan kepentingan PKS kerana kebimbangan itu turut dikongsi oleh negara peserta yang lain.
Selain Malaysia dan Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam turut menyertai perundingan itu, yang bermula pada 15 Julai.
Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, jawatankuasa Caucus itu telah bekerja keras mengumpul maklumat mengenai isu yang berkaitan dengan kepentingan Malaysia agar ia boleh dibincangkan di Kabinet.
Sementara itu, MP Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh berharap para perunding Malaysia akan mengemukakan isu yang hampir dengan Sabah dan Sarawak seperti hak milik adat dan pribumi dan isu-isu alam sekitar.
Bernama
Sun Jul 21 2013
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Dua Dekad Tsunami: Aceh bertafakur tiga minit
Majlis khas sempena memperingati 20 tahun tsunami Aceh dengan tema Aceh Thanks The World sekali gus mengangkat iltizam rakyat Aceh Beranjak dari Masa Lalu, Menuju Masa Depan Bersyariat.
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
PKS Malaysia lahirkan kebimbangan mengenai TPPA
Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata berdasarkan kepada maklumat yang dikumpulkan daripada pemegang yang berkepentingan, PKS mungkin berhadapan dengan masa depan yang suram dengan TPPA.