OPENAI terkenal dengan ChatGPT dan produk kecerdasan buatan lain.


Ringkasan AI
  • OpenAI sedang mempertimbangkan untuk membangunkan robot humanoid, setelah menghentikan projek seumpamanya pada 2021.
  • OpenAI telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure, menunjukkan minat mereka dalam bidang ini.
  • Belum ada maklumat mengenai tempoh yang diperlukan untuk pembangunan robot ini jika OpenAI memutuskan untuk meneruskannya.


Kini, mereka sedang mempertimbangkan untuk membangunkan robot berbentuk manusia, yang akan menggabungkan kecerdasan buatan dengan robotik.

Sebelum ini, OpenAI menghentikan projek serupa pada tahun 2021. Namun, sejak itu, banyak perkembangan telah berlaku dalam bidang ini.

OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.

Tidak pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk membangunkan robot ini jika OpenAI memutuskan untuk meneruskan projek ini. -Amanz