PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meneruskan misinya untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mempromosikan produk tempatan dengan menganjurkan Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ 2002) yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam sehingga 4 September ini.
Ekspo tersebut menyasarkan transaksi jualan sebanyak RM1 juta dengan mengetengahkan produk dan perkhidmatan daripada 151 usahawan, selain turut menjangkakan kehadiran 10,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat dan Keusahawanan) PKNS, Suhaimi Kasdon berkata, inisiatif tersebut merupakan antara nilai teras PKNS yang sentiasa diamalkan untuk menyokong dan memberi peluang kepada golongan usahawan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga (start-up) untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk kepada capaian khalayak yang lebih luas.
Jelasnya lagi, ia secara tidak langsung dapat menyemai semangat keusahawanan dalam belia disamping turut menggalakkan pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan bakal usahawan hadir sebagai pengunjung.
“Penganjuran Ekspo SELBIZ 2022 ini juga memberikan pelbagai manfaat dua hala kepada pempamer di kalangan usahawan dan juga pengunjung dimana para usahawan ini mendapat platform untuk meningkatkan hasil jualan produk di samping meluaskan rangkaian jaringan daripada penglibatan agensi-agensi usahawan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
“Manakala, pengunjung yang hadir pula bukan sahaja dapat membeli-belah dengan variasi produk usahawan tempatan, malah dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik, cabutan bertuah, berjumpa dengan selebriti kesayangan dan sebagainya.
“Kami ingin memperkasakan perusahaan kecil di negeri ini yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada taraf sosioekonomi negara. Ia selari dengan mandat penubuhan PKNS sejak 27 tahun lalu dengan rangsangan kepada hampir 41,000 usahawan dari pelbagai bidang,” katanya selepas melancarkan SELBIZ 2022.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail.
Pada masa sama, Suhaimi menambah, penganjuran pada kali ini memberi peluang usahawan untuk mendapatkan persijilan halal dan mengembangkan peniagaan mereka ke peringkat global serta mempersiapkan produk-produk usahawan export ready.
Ekspo SELBIZ 2022 ini mengetengahkan sembilan pengisian utama iaitu antaranya ialah Borak Bisnes yang mengetengahkan sesi perkongsian ilmu berkaitan isu-isu keusahawanan semasa bersama tokoh-tokoh keusahawan yang terkenal. Antaranya seperti Datuk Rosyam, Datuk Norman (KRU), Liza Hanim dan ramai lagi untuk berkongsi ilmu perniagaan mereka selain bagi memeriahkan lagi ekspo berkenaan.
Selain itu, terdapat Klinik Usahawan Selangor yang memberi peluang kepada pengunjung dan pempamer untuk bertemu ‘coach’ usahawan secara bersemuka atau ‘one-to-one’ bagi memberi bimbingan, khidmat nasihat serta panduan perniagaan. Ianya terbuka secara percuma bukan sahaja untuk usahawan tetapi juga untuk mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
SELBIZ 2022 juga menyediakan platform ‘business matching’ yang mana akan memberi peluang kepada usahawan untuk berdiskusi dan mencari peluang bagi mengembangkan jenama melalui barisan Gergasi Runcit dan pemain industri dalam sektor perkhidmatan.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi aktiviti disediakan khusus buat pengunjung SELBIZ 2022 antaranya, ‘booth’ pameran, ‘booth’ selebriti, ‘booth’ makanan, zon kanak-kanak, cabutan bertuah dan acara pentas serta hiburan bersama deretan artis-artis terkenal.
Selain itu, Ekspo SELBIZ 2022 ini juga adalah salah satu contoh dimana PKNS ingin mewujudkan kesedaran tentang produk tempatan dengan memperkasakan usahawan tempatan untuk keluar dari kawasan mereka dan berkongsi keistimewaan produk dan perkhidmatan dalam pasaran domestik.
Untuk maklumat lanjut, layari https://selbiz.my/ atau laman sosial Facebook 'Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS'.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sat Sep 03 2022
SELBIZ 2022 merupakan platform terbaik untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan syarikat, malah menggalakkan pengusaha dari desa dan peruncitan mengetengahkan produk mereka.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan Selangor pandang serius sikap ambil mudah usahawan tentang pensijilan halal
Kerajaan Selangor memandang serius sikap tidak cakna atau mengambil mudah terhadap keperluan pensijilan halal dalam kalangan usahawan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Projek SA Sentral dilancar, GDV RM3 bilion
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lancar SA Sentral, sebuah projek pembangunan bandar berimpak tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion.
PKNS rancang bangunkan projek hartanah dengan GDV sehingga RM1 bilion
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mahmud Abbas berkata, PKNS menyasar untuk didorong secara komersial pada masa hadapan.
Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.
Kompleks PKNS bakal berwajah baharu tahun depan
Prasarana kompleks PKNS yang terletak di Seksyen 14 yang menjadi pusat beli belah tumpuan ramai setiap kali menjelang Syawal akan melalui proses penambahbaikan pada tahun hadapan.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
Rosyam Nor dilantik Duta Keusahawanan PKNS, kukuhkan peranan, perkasa industri keusahawanan Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Dis 2023.
MRCB mulakan urus niaga hartanah RM527.93 juta dengan PKNS
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.
Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.