KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.
MRCB melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata anak syarikat milik penuhnya, PJ Sentral Development Sdn Bhd (PJSD) bercadang untuk mendapatkan hak pembangunan menara pejabat di PJ Sentral Development yang bernilai RM270 juta.
"Langkah itu bagi melaksanakan pembangunan menara pejabat yang akan dikenali sebagai 'Tower' 2 di PJ Sentral Development daripada PKNS dengan tanah keluasan kira-kira 3.69 hektar," katanya.
Cadangan pengambilalihan itu akan membolehkan MRCB mendapatkan semula hak pembangunan dan merancang pembangunan yang lebih holistik dalam pembangunan semasanya di PJ Sentral.
MRCB, melalui MRCB Sentral Properties Sdn Bhd, akan melupuskan Plaza Alam Sentral Mall di Shah Alam kepada PKNS dengan harga RM178 juta.
Sementara itu, MRCB Seputeh Land Sdn Bhd (MSL) serta Excellent Bonanza Sdn Bhd (EBSB), kedua-duanya subsidiari milik penuh MRCB, telah memeterai beberapa perjanjian jual beli dengan PKNS untuk melupuskan unit kediaman yang terletak di Vivo Residence @ 9 Seputeh (Vivo Residence), Tria Seputeh dan The Residences di St Regis Kuala Lumpur (The Residences) pada harga RM79.93 juta.
MSL akan melupuskan 11 unit di Vivo Residence dan 20 unit di Tria Seputeh, manakala EBSB akan menjual 13 unit di The Residences.
MRCB berkata penjualan pusat beli-belah dan unit kediaman itu akan membolehkannya melupuskan aset bukan teras dan inventorinya untuk memberi tumpuan kepada pembangunan semasa syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

MRCB mulakan urus niaga hartanah RM527.93 juta dengan PKNS
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.

KL Sentral bakal dibangunkan semula, kos cecah RM1 bilion - Loke
Kabinet hari ini meluluskan secara prinsip cadangan Kementerian Pengangkutan berkaitan pembangunan semula KL Sentral, yang merupakan hab pengangkutan awam utama di ibu kota.

Sentral Reit ambil alih Menara CelcomDigi pada harga RM450 juta
Ia dijangka mengembangkan saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Dis 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion.

Usaha sama TH Properties-MRCB bangunkan Kota Semarak dengan NPK RM3.1 bilion
Projek Kota Semarak seluas 11 hektar di Jalan Sultan Yahya Petra akan dibangunkan dalam tiga fasa.

Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.

Stadium Shah Alam berwajah baharu menjelang 2026
Kerajaan negeri menyerahkan surat niat (LOI) kepada MRCB selepas melalui proses yang panjang dan teliti bermula 2013 melibatkan 15 syarikat.

George Kent terima tawaran tunai RM53 juta daripada MRCB bagi pegangan dalam usaha sama
George Kent menerima tawaran tunai daripada MRCB untuk menjual lima juta saham biasanya dalam MRCB George Kent Sdn Bhd.

Pertikaian dengan George Kent bagi projek LRT3, MRCB dapat penyelesaian RM2.3 juta
Pertikaian itu berpunca daripada pilihan mendapatkan pembiayaan untuk MRCB George, yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT3).

Insiden DASH: Kebajikan mangsa jadi keutamaan - Prolintas
Segala urusan berkaitan kebajikan mangsa kejadian perancah besi jatuh di tapak pembinaan Lebuhraya DASH akan diberikan keutamaan.

LRT3 akan diteruskan, telan belanja RM16.6 bilion
Pelaksanaan projek itu akan dimodelkan semula daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap.