Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) melantik Datuk Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan syarikat yang baharu berkuat kuasa 1 Sept.
Pharmaniaga dalam kenyataan hari ini berkata Zulkarnain mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, perancangan korporat, pengumpulan dana, penggabungan dan pengambilalihan.
Katanya Zulkarnain memulakan kerjayanya pada 1991 sebagai jurutera elektrik dengan Tenaga Nasional Bhd sebelum menyertai EPE Power Corporation Bhd sebagai pengurus projek.
"Pada 2001, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) melantik Zulkarnain sebagai penyelaras projek khusus dalam projek berkaitan kejuruteraan dan menerajui unit pembangunan perniagaan antarabangsa untuk rantau Timur Tengah/Afrika Selatan (MESA) dan Asia Selatan," katanya.
Pada 2006, Zulkarnain menyertai syarikat tenaga antarabangsa, Empire Energy Corp dan berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan untuk memberi tumpuan kepada penstrukturan semula projek loji jana kuasa yang bermasalah di Asia Tenggara.
"Tugas beliau ialah membangunkan loji jana kuasa berasaskan arang batu di Indonesia dan menerajui usaha strategik untuk mengambil alih syarikat Indonesia.
"Pada 2010, Zulkarnain menjadi penasihat komersial dan korporat untuk pelbagai syarikat, menyediakan pembangunan perniagaan yang strategik dan khidmat nasihat," katanya.
Pharmaniaga berkata Zulkarnain kemudian menyertai FELCRA Bhd pada 2014 sebagai Ketua Pegawai Pelaburan, menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dua tahun kemudiannya sebelum meninggalkan syarikat itu pada Oktober 2018.
Zulkarnain kini ahli Lembaga Pengarah Daya Materials Bhd dan Institute of Plantation Management.
"Beliau seorang profesional yang mempunyai rangkaian yang baik dengan pelbagai kementerian di Malaysia dan juga pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan," katanya.
Pharmaniaga turut mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasinya (COO) Mohamed Iqbal Abdul Rahman sebagai Timbalan Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Sept.
Mohamed Iqbal menyertai Pharmaniaga pada 2011 sebagai Pengarah Teknologi Maklumat sebelum dilantik sebagai COO pada 2012.
"Sebagai COO, beliau bertanggungjawab untuk keseluruhan operasi syarikat.
"Dengan pengalaman selama lebih 32 tahun, terutamanya dalam peningkatan sistem dan pengurusan operasi, beliau berjaya menerajui pelaksanaan sistem risikan perniagaan dan automasi proses robotik, yang membawa kepada peningkatan yang ketara kepada operasi logistik syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020

Zulkarnain memulakan kerjaya pada 1991 sebagai jurutera elektrik dengan TNB sebelum menyertai EPE Power Corporation Bhd sebagai pengurus projek.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.

PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.

Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.

Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.

PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan

Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.

Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.

MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.

'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.

Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.