Petronas mengesahkan penghantaran kargo gas asli cecairnya (LNG) tidak terjejas oleh insiden kebocoran gas di Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) yang terletak di Long Luping, Lawas, Sarawak. pada 10 Januari lepas.
Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan gas kepada pelanggan tidak terjejas walaupun bekalan gas daripada Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu telah dihentikan bagi memastikan keselamatan di tapak insiden.
"Petronas sebagai pembekal LNG yang dipercayai, tanpa penghantaran terputus sejak 1983, akan terus mendukung komitmennya kepada pelanggan," kata syarikat itu.
Siasatan terhadap punca insiden kebocoran gas itu sedang dijalankan dan Petronas sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan masyarakat sekitar bagi memastikan keselamatan pendudukan sepanjang masa, kata syarikat itu. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 22 2018
Siasatan terhadap punca insiden kebocoran gas itu sedang dijalankan. - Gambar fail
Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
GPI ambil kira kos keretakan rumah tangga, masalah sosial dalam menilai ekonomi negara - Penganalisis
ensyarah Ekonomi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Muhamad Rias K V Zainuddin berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira setiap aspek kehidupan masyarakat termasuk kos keretakan rumah tangga dan masalah sosial dalam menentukan status ekonomi negara. Jelasnya, kos-kos terbabit akan ditolak dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum suatu nilai sebenar ekonomi negara dapat ditentukan. #DialogPoketRakyat
GPI ambil kira kos pencemaran, kerosakan alam tentukan kedudukan sebenar ekonomi negara - Penganalisis
enyelaras Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) Bahagian Utara, Dr. Thanaraj Murudi berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira kos-kos pencemaran dan kerosakan alam dalam penilaian kedudukan sebenar ekonomi negara. Jelasnya, pendekatan ini bagi memastikan tafsiran ekonomi adalah sesuai dengan realiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. #DialogPoketRakyat
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Pengerusi Kluster Ekonomi, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Sosial Akademi Profesor Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Jamal Othman berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya. Contohnya, petunjuk berkenaan menawarkan tafsiran kepada sumbangan suri rumah tidak bekerja dalam bentuk kewangan bagi. #DialogPoketRakyat
Warisan belum buat keputusan gabung parti
Parti Warisan Sabah belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Persediaan calon SPM tidak terjejas
Calon-calon SPM yang ditemui AWANI Borneo menyifatkan operasi PPS di sekolah itu tidak menjejaskan proses pembelajaran kerana kelas yang digunakan sebagai kelas tambahan terletak di aras atas.
Kerosakan utiliti & komunikasi di Bintulu sedang dinilai
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang mengemas kini data dan jumlah kerosakan akibat banjir di wilayah itu, terutamanya di kawasan Bintulu.
JKR diarah segera baik pulih jalan raya rosak
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBN memberitahu arahan telah dikeluarkan kepada JKR negeri untuk segera membaik pulih jalan raya terjejas banjir bagi memastikan akses tidak terputus.
Penduduk di perkampungan lereng bukit akan dipindahkan
Penduduk di Perkampungan Lereng Bukit di Bukit Kanada akan dipindahkan ke kawasan baharu, yang akan diumum kelak.
Fokus penyelamatan tertumpu kepada kawasan luar bandar Bintulu
Fokus penyelamatan Bomba Sarawak tertumpu kepada kawasan luar bandar Bintulu, yang masih terjejas dan digenangi air.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
Kebocoran gas klorin: 60 dikejarkan ke pusat perubatan di Iran
Enam puluh individu di wilayah Isfahan, tengah Iran dikejarkan ke pusat perubatan selepas disyaki terhidu gas klorin pada Ahad, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
Gas ammonia bocor, 10 pekerja kilang dikejarkan ke hospital
Sepuluh pekerja dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7.
Gas bocor di kilang berdekatan KLIA, tiada kemalangan jiwa
Satu kejadian kebocoran gas berlaku di sebuah kilang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
11 cedera, 1 hilang letupan di hotel Texas
Letupan di Hotel Sandman Signature Fort Worth Downtown itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.
Kebocoran gas: Enam buruh asing dikejarkan ke hospital
Seorang buruh pengsan manakala lima lagi sesak nafas akibat terhidu gas bocor dipercayai klorin di tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba semalam.
Lelaki melecur, 12 motosikal rosak akibat letupan disyaki kebocoran gas
Insiden itu menyebabkan 12 motosikal rosak setelah dihempap dinding konkrit dapur unit apartment yang runtuh akibat terbakar itu.
Gas ammonia kilang ais bocor di Simpang Pulai
Didapati paip saluran gas ammonia mengalami kebocoran dan bau gas tersebut dapat dihidu dari jarak 100 hingga 300 kaki.
Tangki simpanan bahan kimia pecah punca kebocoran gas di Pasir Gudang
Kebocoran gas jenis "Styrene Monomer" di sebuah kilang di Pasir Gudang, berpunca daripada tangki yang menyimpan bahan kimia itu pecah.