JOHOR BAHRU: Hasil pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kejadian kebocoran gas jenis "Styrene Monomer" di sebuah kilang di Pasir Gudang, di sini, berpunca daripada tangki yang menyimpan bahan kimia itu pecah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Johor Penguasa Kanan Bomba I Azmi Ab Rahim bagaimana menjelaskan kebocoran gas yang itu berjaya ditutup selepas busa dimasukkan ke dalam tangki berkenaan dan operasi berjaya dikawal pada 9 malam tadi.
Beliau berkata operasi melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Larkin itu, turut dibantu Hazmat Negeri Sembilan dan Melaka serta pihak polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
"Sebuah tangki pecah hingga melepaskan gas (jenis) 'Styrene', namun pasukan keluaran operasi (PKO) bersama Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang terbabit berjaya mengawal semula suhu dalam tangki dengan kaedah penyejukan.
"PKO bersama Hazmat dan bantuan ERT kilang juga berjaya memasang dan memasukkan busa ke dalam tangki, sekali gus gas yang dilepaskan itu berjaya ditutup dengan menggunakan busa," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata kawasan di sekeliling kilang berkenaan juga didapati selamat dan lokaliti kebocoran hanya berada di kawasan tangki.
Sehubungan itu, katanya pihak bomba menamatkan operasi berkenaan pada 10 pagi tadi.
Azmi berkata JAS Johor turut menempatkan alat pengawasan kualiti udara di kawasan persekitaran penduduk berhampiran dan bacaan kualiti udara adalah normal setakat 12 tengah hari tadi.
Menurutnya Jabatan Kesihatan Negeri pula memaklumkan tiada kes yang dirujuk atau dimasukkan ke hospital dan klinik kerajaan, namun orang awam diminta untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang gejala susulan kejadian itu.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Petrochemicals (Malaysia) Sdn Bhd mengesahkan berlaku kebocoran gas "Styrene Monomer" pada kira-kira 5 petang semalam apabila tangki bahan kimia itu pecah.
"Kami sedar bahawa insiden ini telah menyebabkan kebimbangan dan kesulitan kepada penduduk. Kami kini sedang menumpukan usaha mengenal pasti secara terperinci apa yang berlaku bagi membolehkan kami menangani isu yang timbul dengan sewajarnya," menurut syarikat itu.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu langkah telah diambil dengan bantuan dan sokongan pihak bomba terutama pasukan Hazmat dan pihak berkuasa berkaitan, bagi mengurangkan bau kimia dan mengawalnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![Tangki simpanan bahan kimia pecah punca kebocoran gas di Pasir Gudang Tangki simpanan bahan kimia pecah punca kebocoran gas di Pasir Gudang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692878076_kilangkebocoranba.jpg)
Petrochemicals (Malaysia) Sdn Bhd mengesahkan berlaku kebocoran gas "Styrene Monomer" pada kira-kira 5 petang semalam apabila tangki bahan kimia itu pecah. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Pencemaran udara Pasir Gudang: Mahkamah perintah denda naik kepada RM640,000 Pencemaran udara Pasir Gudang: Mahkamah perintah denda naik kepada RM640,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719468109_TBMahkamahTinggi.jpg)
Pencemaran udara Pasir Gudang: Mahkamah perintah denda naik kepada RM640,000
Syarikat P Tech Resources Sdn Bhd diperintahkan membayar denda berjumlah RM640,000 membabitkan lapan pertuduhan pilihan berbentuk kesalahan pentadbiran.
![Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000 Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713953900_courtgavelmahkam.jpg)
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
![Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/71448361862_Babyhands.jpg)
Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Permohonan reman dikeluarkan Majistret terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627836942_KIMIA.jpg)
Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco
Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan.
![130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708294079_TBRahimNin.jpg)
130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina.
![Kes dera: Hakim cuti sakit, nasib ibu, rakan serumah diputuskan 1 November Kes dera: Hakim cuti sakit, nasib ibu, rakan serumah diputuskan 1 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696912714_deratomboi.jpg)
Kes dera: Hakim cuti sakit, nasib ibu, rakan serumah diputuskan 1 November
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya, yang didakwa atas dua pertuduhan menganaiya dan mengabaikan anak kandungnya, kepada 1 November.
![Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690778465_HassanAbdulKarim.jpg)
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
![Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690778465_HassanAbdulKarim.jpg)
Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas
Beliau berkata, KPDN perlu segera mengadakan program jualan Rahmah atau menghantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.
![Kualiti udara di kilang alami kebocoran bahan kimia, kawasan penduduk normal - JAS Kualiti udara di kilang alami kebocoran bahan kimia, kawasan penduduk normal - JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692893985_KilangBocorPasir.jpg)
Kualiti udara di kilang alami kebocoran bahan kimia, kawasan penduduk normal - JAS
Pemeriksaan kualiti udara di sebuah kilang di Pasir Gudang, dekat sini yang mengalami kebocoran bahan kimia semalam serta kawasan penduduk sekitar, didapati setakat ini berada pada tahap yang normal.
![Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692171842_mengabaikan.jpg)
Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun
Mereka didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.