Persatuan insurans mengesahkan tidak ada syarikat anggota dan pengendali takafulnya meminta 'potongan' daripada hospital untuk kos perubatan yang ditanggung oleh pemegang polisi mereka.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia berkata mereka memandang berat dakwaan tidak berasas oleh pihak hospital terbabit.
Mereka berkata syarikat insurans dan pengendali takaful bekerja rapat dengan pihak hospital dan pentadbir pihak ketiga bagi memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu ditanggung.
Persatuan itu berkata kenaikan kadar premium sejak tahun-tahun kebelakangan ini didorong oleh inflasi yang tinggi dalam kos penjagaan kesihatan, dengan purata 12 peratus setahun sejak 2010 hingga 2014, dan dijangka meningkat kepada 15 peratus pada masa depan, disebabkan beberapa faktor.
Permintaan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik oleh segmen penduduk yang kaya, faktor penuaan dalam kalangan penduduk serta kadar penyakit kronik yang semakin berleluasa selain penyakit yang berpunca daripada gaya hidup seperti hipertensi, diabetes dan obesiti, merupakan faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan.
Selain peningkatan kos ubat dan rawatan, kemajuan teknologi dalam penjagaan kesihatan juga mendorong kepada peningkatan bagi penggunaan teknologi rawatan kesihatan moden di pusat kemudahan perubatan
"Sebagai contoh, kita sudah berubah daripada imbasan X-ray kepada imbasan Tomografi Komputer (CT) dan kini kepada Magnetic Resonance Imaging (MRI). Sekali gus, pengguna mempunyai pilihan rawatan diagnostik yang lebih luas," katanya.
Bayaran yang dikenakan oleh doktor di hospital swasta untuk perundingan dan pelaksanaan prosedur pada masa ini dikawal selia mengikut Jadual Ketiga Belas Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta.
Bagaimanapun, komponen lain caj hospital seperti bayaran penginapan hospital, penyiasatan makmal, penjagaan kejururawatan, penggunaan peralatan dan bilik operasi dan ubat tidak dikawal, yang menjurus kepada pelbagai kos yang berbeza dalam kalangan hospital swasta.
Syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful telah mengemukakan cadangan pelaksanaan beberapa langkah dalam mengurus kos penjagaan kesihatan yang semakin tinggi, termasuk menyarankan kerajaan supaya mengawal selia dan mencadangkan harga runcit produk farmaseutikal, alat perubatan (contoh stent, implan) dan ubat-ubatan.
"Walaupun bayaran khidmat doktor dikawal selia, tiada peraturan pada masa ini untuk membendung kenaikan harga ubat-ubatan," katanya.
Di samping itu, kerajaan wajar memberi mandat kepada semua hospital untuk mempamerkan kos rawatan masing-masing bagi membolehkan pemegang polisi insurans memilih rawatan yang diperlukan dan mengetahui jumlah yang perlu dibayar oleh pengendali insurans dan takaful masing-masing.
Persatuan itu berkata hospital juga perlu memastikan pengguna mengetahui mereka boleh meminta bil terperinci bagi mengetahui perincian kos rawatan/ubat yang diberikan kepada mereka.
"Penyedia penjagaan kesihatan, terutama hospital swasta, juga harus telus dalam penetapan harga semua produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan," katanya.
Persatuan itu berkata syarikat insurans dan pengendali takaful akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Bank Negara Malaysia dan penyedia penjagaan kesihatan untuk memastikan kos rawatan perubatan ditetapkan secara adil dan rawatan yang disyorkan adalah berasaskan keperluan klinikal.
"Kos perubatan semakin meningkat, dan syarikat insurans dan pengendali takaful akan meneruskan usaha untuk mengekalkan premium insurans kesihatan pada tahap yang adil dan berpatutan, dengan kerjasama semua pihak berkepentingan untuk manfaat semua pengguna," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2017

Syarikat insurans dan pengendali takaful bekerja rapat dengan pihak hospital dan pentadbir pihak ketiga bagi memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu ditanggung.- Gambar hiasan

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Sun Life berazam untuk terus menjadi pembimbing kewangan rakyat Malaysia
Syarikat penyedia insurans dan takaful, Sun Life Malaysia komited membantu rakyat Malaysia celik dalam pengurusan kewangan.

Platform GMAT.com.my tawar pelan kemalangan pendaki
Pelan kemalangan pendaki (PA) menawarkan perlindungan kewangan terhadap pendaki yang ditimpa kemalangan ketika melakukan aktiviti pendakian di Malaysia yang mana terhad sehingga ketinggian 3,000 meter

IKHLAS Motor Takaful COVID-19 Relief bantu masyarakat dengan perlindungan berpatutan
Tawaran IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief terhad sehingga 31 Julai ini.

Mengurangkan 'bencana' ke atas pekerja akibat banjir
Tiba masanya untuk kita mengunakan pendekatan yang lebih lestari di dalam mengurangkan risiko ekonomi dan melindungi mata pencarian akibat banjir.

Tidak lagi disara, lelaki 'biawak hidup' ini kerat dan rebus ibu bapa kandung
Kesan lebam pada gambar yang diambil di tempat kejadian menunjukkan kedua-dua mangsa turut dipukul beberapa kali sebelum mayat mereka dikerat-kerat.

JPJ Johor keluar 214 notis, saman kepada pemandu asing
Operasi dilakukan hasil risikan selama sebulan oleh 31 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa.

Syarikat insurans disaran beri saringan percuma COVID-19
Semua syarikat insurans disarankan untuk turut sama memikul CSR dengan memberi saringan percuma bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Kaji betul-betul sebelum laksana gojek dalam Malaysia
Statistik jelas menunjukkan bahawa kenderaan seperti motosikal memiliki risiko kemalangan maut yang agak tinggi jika dibandingkan dengan jenis-jenis kenderaan lain dalam negara kita.

3 fakta penting setiap pemegang kad klinik panel di Malaysia perlu tahu
Fahami hak-hak anda dan pantau penggunaan kad klinik panel dengan betul, untuk elak diri dari diperdaya pihak tidak bertanggung jawab.

Skim insurans bagi pesawah terjejas bencana - Ahmad Shabery
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan skim insurans khas untuk pesawah yang menghadapi kerosakan tanaman.