Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GMAT Sdn Bhd, M. Marimuthu, memberitahu Hikers PA adalah salah satu tawaran terbaik pihaknya yang popular dalam kalangan peminat aktiviti luar.
"Dengan lebih 6,000 pendaki mendaftar setiap bulan, pelan Hikers PA direka khusus untuk memberikan sokongan kewangan dan perlindungan dalam keadaan kemalangan yang tiba-tiba dan tidak dijangka semasa mendaki di laluan atau gunung di Malaysia, dengan menawarkan perlindungan sehingga RM50,000 untuk kematian akibat kemalangan dan kecacatan kekal.
"Dengan menyediakan perlindungan khusus ini, kami dapat memastikan pendaki akan berasa lebih selamat ketika menikmati pemandangan menakjubkan di Malaysia," katanya.
Tambahnya, selaku platform insurans inovatif yang memudahkan pembelian polisi insurans melalui perbandingan harga yang komprehensif, pihaknya komited untuk mendemokrasikan insurans, menjadikan takaful dan insurans mudah, ringkas, dan boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.
Sehingga kini, pihaknya berjaya melindungi lebih 100,000 individu melalui platform GMAT dan memperoleh Sijil Digital Malaysia (MD).
"Kami memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran dan memberikan pendidikan tentang pelbagai pilihan yang tersedia kepada masyarakat kita.
"Platform kami bukan sahaja memudahkan rakyat Malaysia membandingkan sebut harga untuk produk penting seperti insurans kereta dan pembaharuan cukai jalan, tetapi juga membolehkan mereka memilih manfaat tambahan yang paling sesuai dengan keperluan mereka," katanya.
Mengulas lanjut, tawaran digital unik lain seperti Flight Delay Pass oleh Mastercard, memberikan para pelancong akses percuma ke ruangan lounge lapangan terbang premium sekiranya berlaku kelewatan penerbangan.
"Produk ini menekankan komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan dan mencerminkan penyelesaian inovatif yang kami tawarkan.
"Manfaat utama perkhidmatan ini termasuk: akses ke lebih 1,400 lounge di seluruh dunia, lengkap dengan makanan, minuman dan Wi-Fi," katanya.