Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah menyerahkan lebih 38,000 unit Myvi baharu di seluruh negara pada minggu ketiga bulan lepas daripada 70,000 tempahan yang diterima daripada 8 November 2017 sehingga 30 April 2018.
"Kami teruja dan gembira kerana berjaya mencatat kejayaan ini menjelang akhir April," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr Zahari Husin.
Menurutnya, Perodua sedang berusaha meningkatkan kecekapannya untuk memastikan penghantaran dibuat dalam dalam tempoh yang wajar.
"Ketika ini tempoh menunggu untuk varian 1.5L Myvi adalah di bawah tiga bulan. Bagaimanapun, varian 1.3L boleh diserahkan hampir serta-merta," kata Zahari.
Myvi generasi ketiga adalah model yang paling canggih dan asli dalam sejarah 25 tahun Perodua, yang menampilkan inovasi Malaysia seperti pembaca kad tol terbina dalam dan pendining udara memori digital.
Perangkaan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) daripada Januari hingga Mac mendedahkan bahawa pengeluar kereta kompak itu menjual 55,568 kenderaan berbanding 135,140 jumlah keseluruhan industri (TIV), menguasai 41 peratus pasaran.
"Ini merupakan peningkatan lebih 10.5 peratus berbanding 50,260 unit yang dicatat pada suku pertama 2017, menjadikannya jualan tertinggi pada suku pertama bagi Perodua dari segi jualan," katanya.
Jualan 55,568 tersebut terdiri daripada 24,473 Myvi, 14,962 Axia, 10,101 Bezza dan 6,032 Alza.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 03 2018
Ketika ini tempoh menunggu untuk varian 1.5L Myvi adalah di bawah tiga bulan. - Gambar fail
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Maut dilanggar ketika tunggu bantuan
Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah di perut dan kaki serta disahkan maut di lokasi kejadian.
Suspek bawa dadah ditahan polis selepas dikejar 10 km
Polis berjaya menahan lelaki berusia 30 tahun itu apabila kenderaan terbabit tersekat dalam kesesakan jalan raya di hadapan sebuah restoran di Batu Ferringhi.
Bomba pecahkan cermin kereta selamatkan lelaki tidak sedarkan diri
Lelaki berusia 30 tahun tersebut didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Wanita berdepan detik cemas Myvi dihanyut arus deras
Dalam rakaman itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta berpaut pada Perodua Myvi berwarna kelabu yang dihanyutkan arus deras.
Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan
Siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barang
Lelaki maut nahas Myvi-lori balak di Temerloh
Seorang mangsa yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri dari kereta Myvi.
Banjir: Bomba lancar SAR cari mangsa terbabas, terperangkap dalam kereta
Setakat 2 petang tadi, kerja-kerja pencarian masih diteruskan di kawasan Felda Nitar 2, yang juga lokasi mangsa dipercayai terbabas ke tebing jalan.
5 maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan di Kluang
Lima termasuk dua kanak-kanak maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 13, kawasan Kahang, Jalan Mersing, petang tadi.
Myvi rempuh pasar raya di Manjung
Pemandu berusia 75 tahun itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.