Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangkakan jualan semua model keluarannya mencecah 140,900 unit bagi Januari-Julai lepas yang menyamai tempoh sama pada 2018.
Pengeluar kereta itu menyifatkan pencapaian tersebut hasil kejayaan syarikat itu mengurangkan tempoh menunggu bagi model Aruz kepada 1-1.5 bulan berbanding sehingga 2.5 bulan pada pengeluaran sebelum ini.
Malah, model Aruz kini muncul sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling popular di Malaysia dengan sejumlah 17,989 unit telah dijual bagi tempoh Januari-Julai tahun ini.
"Tanpa mengambil kira keadaan (semasa), kami bernasib baik kerana prestasi setakat ini masih setanding dengan impak sewaktu tempoh tanpa cukai (tahun lepas)," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata Perodua juga masih berpegang kepada sasaran jualan sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini iaitu peningkatan kira-kira 3.4 peratus daripada 227,234 unit yang dijual pada 2018.
Sasaran jumlah pengeluaran bagi 2019 juga telah disemak semula kepada 249,000 unit iaitu meningkat sebanyak 2.9 peratus berbanding sasaran awal sebanyak 242,000 unit.
Kedua-dua kilang pengeluaran syarikat itu turut beroperasi pada kapasiti 97 peratus yang disifatkan Perodua sebagai stabil pada paras optimum keadaan operasi.
Kapasiti tersebut juga telah ditingkatkan daripada angka tahun lepas iaitu masing-masing 96.2 peratus bagi Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan 94.6 peratus untuk Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd manakala jumlah kecacatan/kerosakan bagi setiap unit (DPU) di kedua-dua kilang turut mencatat penurunan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019

Sasaran jumlah pengeluaran bagi 2019 juga telah disemak semula kepada 249,000 unit iaitu meningkat sebanyak 2.9 peratus berbanding sasaran awal sebanyak 242,000 unit. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perodua lancar Aruz di Singapura
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan Aruz secara rasminya di Singapura, pasaran luar negara pertamanya.

Perodua jangka jualan Jan-Julai cecah 140,900 unit
Pencapaian tersebut disifatkan hasil kejayaan syarikat itu mengurangkan tempoh menunggu bagi model Aruz kepada 1-1.5 bulan berbanding sehingga 2.5 bulan pada pengeluaran sebelum ini.