Semakin ramai pembeli di luar sana membeli-belah secara dalam talian membuatkan ramai pereka fesyen kini sudah beralih arah.

Jika dulu kita agak sukar untuk melihat busana pereka-pereka fesyen melainkan jika ianya digayakan oleh artis-artis terkenal, kini ramai pereka fesyen memilih untuk menjual busana mereka secara online.

Bermula tahun lepas, koleksi busana Jovian Mandagie dilihat menjadi kegilaan ramai apabila pereka tersebut mula menjual koleksi terkini busana raya secara online.

Tahun ini dilihat semakin ramai pereka fesyen menggunakan cara yang sama.

Fashion Raya

Antara pereka fesyen yang memilih untuk menjual busana raya secara online tahun ini adalah Melinda Looi, Syomir Izwa, Rizalman, Hatta Dolmat dan Saiful Sin.

Ia merupakan satu peluang baik untuk pengguna yang berhajat memperagakan baju raya hasil tangan pereka kegemaran mereka.

Apatah lagi membeli baju rekaan pereka fesyen tidak lagi remeh seperti dulu malah lebih mudah, pantas, menyeronokkan dan hasilnya memuaskan.

Antara laman web yang menjual busana raya rekaan pereka-pereka terkenal adalah seperti berikut:

http://www.zalora.com.my
http://www2.mudah.my/glamraya
http://www.fashionvalet.com
http://thepoplook.com/