KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia meneruskan trajektori meningkatnya pada Februari 2022, mencatatkan pertumbuhan dua digit bagi perdagangan, eksport, import dan lebihan perdagangan, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata perdagangan meningkat sebanyak 17.5 peratus kepada RM184.75 bilion berbanding Februari 2021, menandakan pertumbuhan dua digit bagi 13 bulan berturut-turut.
Menurutnya, eksport melepasi paras RM100 bilion meningkat sebanyak 16.8 peratus kepada RM102.27 bilion, pertumbuhan dua digit bagi tujuh bulan berturut-turut manakala import berkembang 18.4 peratus kepada RM82.48 bilion dan lebihan perdagangan tumbuh 10.7 peratus kepada RM19.79 bilion.
"Eksport ke pasaran utama, terutamanya ASEAN, China, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun, merekodkan pertumbuhan dua digit," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) hari ini.
Mohamed Azmin berkata perdagangan, eksport dan import bulan ke bulan masing-masing susut sebanyak 9.2 peratus, 7.9 peratus dan 10.8 peratus, berikutan hari bekerja yang singkat dan musim perayaan pada bulan Februari, manakala lebihan perdagangan meningkat sebanyak 6.6 peratus.
Bagi tempoh dua bulan pertama 2022, perdagangan, eksport dan import mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 2010.
Perdagangan melonjak sebanyak 21.4 peratus tahun ke tahun kepada RM388.33 bilion; dengan eksport naik 20.4 peratus tahun ke tahun kepada RM213.34 bilion, import meningkat 22.6 peratus tahun ke tahun kepada RM174.99 bilion dan lebihan perdagangan menokok 11.2 peratus tahun ke tahun kepada RM38.35 bilion.
Produk elektrik dan elektronik menyumbang 38.8 peratus daripada jumlah eksport iaitu sebanyak RM39.65 bilion, meningkat 25.8 peratus tahun ke tahun daripada Februari 2021, manakala eksport produk petroleum naik 9.6 peratus tahun ke tahun kepada RM7.32 bilion, menyumbang 7.2 peratus daripada jumlah eksport.
Sementara itu, kimia dan produk kimia berkembang sebanyak 28.2 peratus tahun ke tahun kepada RM6.64 bilion, menyumbang 6.5 peratus daripada jumlah eksport.
Minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit melonjak sebanyak 58.9 peratus tahun ke tahun kepada RM6.26 bilion atau 6.1 peratus daripada jumlah eksport dan pembuatan logam meningkat 31.8 peratus tahun ke tahun kepada RM4.95 bilion atau 4.8 peratus daripada jumlah eksport.
"Pada Februari 2022, perdagangan dengan ASEAN menyumbang 27.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat sebanyak 24.6 peratus tahun ke tahun kepada RM51.03 bilion," katanya.
Semasa bulan tersebut, perdagangan dengan China, yang mewakili 17.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat sebanyak 11.9 peratus tahun ke tahun kepada RM32.18 bilion.
Mohamed Azmin berkata perdagangan dengan EU yang menyumbang 8.1 daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Februari 2022, berkembang sebanyak 17.8 peratus tahun ke tahun kepada RM15.03 bilion.
"Import dari EU meningkat 16.9 peratus tahun ke tahun kepada RM5.86 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Bagi tempoh dua bulan pertama 2022, perdagangan, eksport dan import mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 2010. - Gambar fail/Bernama
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan kepada 50 peratus
Perkara itu dicapai hasil pertemuan singkat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon.
Lawatan PM Anwar ke Brazil perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, tingkatkan perdagangan
Lawatan kerja itu terdiri daripada dua komponen utama - pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil dan penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20.
Pertumbuhan APEC diunjur menyederhana kepada 3.1 peratus pada 2025
Rantau APEC sedang mengharungi cabaran ekonomi yang ketara apabila keadaan global berkembang.
Pemimpin, menteri APEC bakal bincang dasar pacu ekonomi dan keterangkuman
Antara tumpuan AELW adalah perubahan iklim, penyelesaian tenaga mampan, peralihan ekonomi digital dan usaha memudah cara perdagangan.
APEC 2024: Merakyatkan forum global, tangani jurang ekonomi
Menerusi tema, Berdaya-Inklusif-Maju, pegawai kanan, menteri dan pemimpin dari 21 ekonomi anggota APEC akan berhimpun minggu ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Johor rekod nilai dagangan berjumlah RM753 bilion tahun lepas
Angka itu merangkumi 29 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.