Isu mempertingkatkan perdagangan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat merupakan antara topik utama yang akan dibincangkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu Presiden Donald J. Trump di White House pada 12 Sept ini.
Najib berkata isu lain yang akan dibincangkan termasuk memerangi keganasan, kerjasama ketenteraan serta peranan Malaysia dalam usaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai zon aman dan harmoni.
"Saya akan membuat sidang media sebelum saya berlepas kerana saya kini dalam proses perbincangan di peringkat dalaman.
Namun antara topik utama ialah memerangi keganasan, IS, ketenteraan serta peranan Malaysia dalam usaha menjadikan Asia Tenggara sebagai zon aman, harmoni, selain isu perdagangan dan bagaimana kita dapat meningkatkan hubungan ekonomi dengan Amerika Syarikat," katanya.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington, D.C. atas jemputan Trump pada tarikh tersebut.
Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Amerika Syarikat mengalu-alukan untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala kedua-dua buah negara dan hubungan itu telah dipertingkatkan di bawah kepimpinan Najib dengan menjadikannya perkongsian yang lebih komprehensif berdasarkan kepentingan bersama.
Menurut Kedutaan Amerika Syarikat, Trump mengalu-alukan untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia dan berharap dapat berbincang cara "memperkukuh dan memperluas hubungan dua hala kita dan mengembangkan kerjasama serantau dengan negara antara rakan paling rapat Amerika di Asia Tenggara."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2017
PM Najib berkata, antara isu yang akan dibincangkan bersama Trump termasuk memerangi keganasan, kerjasama ketenteraan serta peranan Malaysia dalam usaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai zon aman dan harmoni. - Gambar fail
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Taufan Helene: Hampir 100 orang masih hilang di Carolina Utara
Seramai 92 orang masih hilang atau tidak ditemukan di Carolina Utara ketika negeri di Amerika Syarikat (AS) itu menangani kesan daripada Taufan Helene.
China bersedia jadi rakan kongsi dan sahabat kepada AS - Xi Jinping
China sentiasa mengendalikan hubungan Beijing-Washington berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama untuk mencapai manfaat bersama, kata Presiden Xi Jinping.
Ringgit ditutup rendah, dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS
Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah.
Pilihan Raya AS: Penyokong Kamala Harris anjur perhimpunan naik 'buggy'
Penyokong calon presiden Demokrat dan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris berhimpun menaiki 'buggy' di sebuah komuniti persaraan di Florida pada Isnin.
AS komited cegah penularan konflik Asia Barat - Blinken
Blinken berkata situasi di Asia Barat, terutamanya konflik di Gaza, terus menjadi fokus utama Washington.
AS terus komited majukan kerjasama di rantau Indo-Pasifik - Blinken
Menurut Blinken, hubungan ekonomi yang kukuh antara Amerika Syarikat dan ASEAN juga dilihat sebagai teras kepada kerjasama berterusan ini.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.
Isu Palestin: AS tiada jawapan konkrit bila kekejaman boleh dihentikan
Bagaimanapun menurut Mohamad, Washington masih berharap agar peperangan dapat dihentikan dan tidak merebak ke kawasan-kawasan lain.
Harris dahului Trump 2 peratus, kurang sebulan sebelum Pilihan Raya Presiden - Tinjauan
Empat peratus responden memberitahu penyelidik bahawa mereka masih belum pasti mengenai calon pilihan mereka.
China zahir kebimbangan terhadap dasar sekatan AS
Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo pada Selasa.